Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Murid sekolah rendah perlu ambil ART setiap dua minggu

Oct 21, 2021 | 05:30 AM



MURID sekolah rendah perlu mengambil ujian pantas antigen (ART) setiap dua minggu hingga sekolah tutup bagi cuti November, kata Kementerian Pendidikan (MOE).



Dalam satu surat yang dihantar kepada ibu bapa dan waris di portal digital 'Parents Gateway' semalam, MOE berkata 10 kit ART akan diberi kepada setiap murid mulai Isnin ini.



Ini bermakna ibu bapa tidak perlu membeli lebih banyak kit ART untuk anak mereka lapor The Straits Times.



Ujian kerap itu akan menyemai sikap bertanggungjawab sosial dalam kalangan murid dan menjadikan sekolah selamat bagi pembelajaran, kata MOE.



Proses ujian baru itu akan memerlukan murid-murid melakukan satu ART pada masa-masa tertentu.



Ujian pertama perlu diambil pada 31 Oktober dan yang kedua pada 14 November.



Ibu bapa dan waris perlu memantau anak mereka apabila mereka menggunakan ART, kata MOE.



Sebaik sahaja mendapat hasil ujian itu, ibu bapa boleh menghantarnya menerusi satu pautan yang diberi sekolah anak mereka.



Jika ujian itu positif, murid perlu memberitahu sekolah menerusi guru dengan serta-merta, kata MOE.



Murid yang didapati positif bagi Covid-19 dan tidak sihat akan dihantar ke Klinik Swab dan Hantar Pulang Kesediaan Kesihatan Awam bagi ujian reaksi rantai polimerase (PCR).



Mereka yang mempunyai ART positif tetapi tidak berasa sakit perlu mengasingkan diri sendiri selama 72 jam sebelum mengambil satu lagi ART.



Mereka boleh menamatkan pengasingan apabila hasil ujian negatif, tambah MOE.



Peraturan baru itu diumum sedang bilangan kes Covid-19 dalam masyarakat kekal tinggi dengan 3,480 jangkitan kelmarin.



Seramai 201 daripadanya adalah 201 kanak-kanak berusia 11 tahun ke bawah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >