Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muslim SG diharap timba pengajaran dari Covid-19

May 02, 2022 | 08:30 PM



MASYARAKAT Islam di Singapura diharap telah menimba pengajaran penting daripada pengalaman Covid-19 agar lebih teguh di akhir pandemik nanti di samping meneruskan amalan terbaik untuk menjaga keselamatan diri.

Ini dalam mereka menyambut Syawal yang istimewa tahun ini selepas lebih banyak pelonggaran sekatan Covid-19, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

Dalam ucapan Hari Raya Aidilfitri kepada masyarakat Islam Singapura, Encik Masagos yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, berkata berkat disiplin, daya ketahanan dan kerjasama yang membantu melindungi nyawa ramai warga, masyarakat Islam dapat meraikan Hari Raya tahun ini dengan lebih meriah.





“Oleh itu, marilah kita mengambil kesempatan ini untuk bersyukur atas nikmatNya dan pencapaian kita bersama dalam usaha menangani Covid-19 sepanjang dua tahun yang lalu.

“Kini, lebih banyak sekatan Covid-19 telah pun dilonggarkan, sekali gus membolehkan kita meraikan Hari Raya dalam suasana lebih meriah.

“Ini hanya dapat dicapai berkat disiplin, daya tahan, pengorbanan dan kerjasama kita semua yang telah membantu melindungi nyawa ramai penduduk Singapura, termasuk orang-orang yang kita kasihi,” kata Encik Masagos.





Mengimbas semula Ramadan yang berlalu, Encik Masagos berkata ia merupakan Ramadan yang memang istimewa sekali, penuh optimis dan harapan.

Ini kerana dengan pelonggaran langkah pengurusan selamat, masjid dapat dibuka sepenuhnya kepada lebih ramai jemaah bagi solat Jumaat dan tarawih di samping dapat mengadakan lebih banyak kegiatan keagamaan seperti tilawah Al-Quran, qiamulail dan kuliah agama.

“Saya juga gembira kerana kita dapat berbuka puasa bersama keluarga besar masing-masing dan mengeratkan lagi silaturahim.

“Pada masa yang sama, saya pasti masyarakat berasa teruja dengan kembalinya bazar Ramadan yang menghidupkan nostalgia dan suasana riang bagi masyarakat,” tambahnya.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >