Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muzium khas bagi si cilik

Dec 09, 2022 | 05:30 AM



KANAK-KANAK kini dapat meneroka dan menggunakan imaginasi menerusi pengalaman interaktif di muzium yang dikhaskan untuk mereka.



Muzium Kanak-Kanak Singapura, yang terletak di tapak lama Muzium Filatelik Singapura di Coleman Street, adalah yang pertama seumpamanya di sini untuk kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah.



Muzium itu telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi, Encik Heng Swee Keat, semalam.



Ia akan dibuka kepada orang ramai mulai hujung minggu ini - majlis yang akan turut menampilkan persembahan tarian, muzik dan teater.



Muzium itu, yang berada di bawah Lembaga Warisan Negara (NHB), bertujuan menjadi "muzium permulaan" untuk memupuk cinta kepada muzium dan pembelajaran sepanjang hayat bagi pengunjung cilik dan keluarga mereka.



Keluarga dengan kanak-kanak kecil boleh menjangka pameran interaktif, yang kaya dengan cerita, dilengkapi dengan pelbagai program menarik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >