Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan: KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, MASYARAKAT DAN BELIA

Muzium Negara, Dewan Peringatan Sun Yat Sen bakal dibaik pulih

Mar 07, 2023 | 05:30 AM



DUA lagi monumen negara, Muzium Negara Singapura dan Dewan Peringatan Nanyang Sun Yat Sen, akan dibaik pulih pada tahun-tahun mendatang.



Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Menteri Kedua Undang-Undang, Encik Edwin Tong, menyatakan di Bahas Belanjawan pada Isnin bahawa kedua-dua monumen itu dijadualkan untuk menjalani pemulihan, bersama-sama dengan kerja-kerja pemulihan bagi bekas Istana Kampong Gelam dan bangunan Istana yang telah diumumkan pada tahun 2021.



Menjawab pertanyaan Anggota Parlimen (AP) Encik Sitoh Yih Pin (SMC Potong Pasir) mengenai rancangan bagi menjaga monumen-monumen negara, Encik Tong berkata monumen negara akan sentiasa dibaik pulih untuk memelihara bangunan itu demi generasi akan datang.



Dalam satu kenyataan, Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) berkata bahawa kerja-kerja di Muzium Negara termasuk memulihkan muka bangunan dan menaik taraf kemudahan dalam bangunan itu.



Pekerjaan pemulihan itu akan berlaku secara berperingkat dari lewat 2023 hingga 2025.



Namun demikian, muzium itu akan terus dibuka kepada orang ramai sementara kerja-kerja pembaikan dijalankan.



MCCY turut menambah bahawa muzium itu akan mengkaji semula dan menyegarkan kandungan galeri-galeri tetap, serta rotunda kacanya.



Lebih banyak butiran mengenai rombakan itu akan diumumkan dengan lebih lanjut pada lewat 2023.



Bagi Dewan Peringatan Nanyang Sun Yat Sen pula, pemulihan akan bermula pada 2024 dan dijadual siap pada 2025.



Kerja-kerja yang akan dilakukan termasuk peningkatan infrastruktur seperti kerja-kerja penggantian mekanikal dan elektrik bagi memastikan bahawa bangunan itu cekap tenaga.



Institusi itu akan ditutup semasa kerja-kerja pemulihan dijalankan.



Pada 2022, Istana Kampong Gelam yang menempatkan Taman Warisan Melayu telah ditutup untuk kerja-kerja membaik pulih bangunan itu.



Ia dijangka siap pada 2025 dan akan dibuka semula dengan galeri dan auditorium yang baru.



Sementara itu, kerja-kerja pembinaan Istana yang dibina antara 1867 dengan 1869 akan bermula pada awal 2024.



Bangunan itu telah memaparkan peralihan Singapura daripada tanah jajahan kepada negara berdaulat, kata Encik Tong.



Beliau menambah bahawa kerja-kerja pemulihan yang akan datang memastikan ia dipelihara dengan baik dan kekal berfungsi untuk kepentingan sejarah dan sebagai tempat untuk acara-acara penting negara dan majlis-majlis masyarakat.



Kerja-kerja pemulihan dapat menangani "kemerosotan disebabkan usia dan keadaan persekitaran," kata MCCY, yang menambah bahawa sistem mekanikal dan elektrikal sedia ada akan dikemas kini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >