PENYEDIA khidmat Internet jalur lebar atau broadband, MyRepublic, telah menangguhkan pelancaran khidmatnya ke bahagian awal suku pertama tahun depan.
Ketua Eksekutif MyRepublic, Encik Malcolm Rodrigues mengesahkan yang syarikatnya telah memeterai satu perjanjian untuk membeli masa siaran daripada salah satu syarikat telekomunikasi utama setempat - Singtel, StarHub dan M1.