Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Nahas bas-kereta di Pulau Jurong: 22 cedera

Dec 07, 2020 | 05:30 AM



SERAMAI 21 penumpang bas yang dipercayai pekerja asing telah dikejarkan ke hospital pagi semalam selepas bas yang mereka naiki bertembung dengan sebuah kereta di Pulau Jurong.



Polis mengatakan semua mangsa itu dalam keadaan sedar ketika dibawa ke tiga hospital berlainan.



Pemandu kereta berusia 42 tahun itu pula dihantar ke Hospital Universiti Nasional (NUH).



Kesan kemalangan itu telah menyebabkan bas tersebut terbalik di sisinya, sementara bahagian depan kereta itu pula mengalami kerosakan teruk.



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) mengatakan bahawa 22 mangsa itu telah dibawa ke Hospital Besar Ng Teng Fong, NUH dan Hospital Besar Singapura.



Kemalangan itu berlaku pada 7 pagi di hujung Lebuh Raya Pulau Jurong di pulau itu. - ST.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >