Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Nahas di ECP: Pekerja penghantaran maut bakal jadi ayah

Nov 10, 2023 | 07:31 PM



Belum sempat merasa kemanisan membina masjid dan keluarga sendiri, ajal sudah menjemput pulang ke Ilahi.

Allahyarham Muhammad Nurhilmi Atan, 27 tahun, yang baru bernikah pada awal Oktober dan bakal bergelar ayah tidak lama nanti meninggal dunia pada Rabu selepas arwah terlibat dalam satu kemalangan melibatkan sebuah bas kecil, sebuah lori dan motosikal di ekspreswe East Coast Parkway (ECP) pada hari yang sama.

Arwah seorang pekerja penghantaran dan anak keempat dalam keluarga lima beradik selamat dikebumikan di Pusara Aman pada Khamis, 2.30 petang, kata adiknya, Encik Muhammad Afian Atan, 22 tahun, kepada Berita Harian (BH).


Apabila dihubungi BH pada Jumaat, isterinya, Cik Nurshela Had, 22 tahun, yang hamil berkata hatinya hancur berkecai.







Beliau, yang bernikah dengan arwah pada 2 Oktober, baru sahaja berpindah ke sebuah rumah sewa satu bilik di Serangoon, dua minggu lalu. Mereka berkenalan sejak Mac 2022.

Cik Nurshela menjangkakan kelahiran seorang putera dan arwah suaminya pernah menyarankan nama ‘Hilman’ – persis nama Allahyarham sendiri – namun belum ditetapkan.

Dalam hantarannya di media sosial, Cik Nurshela yang seolah ingin menyampaikan tulisan kepada arwah berkata:

“I tak sangka you pergi begitu cepat dan awal. Baru sebulan kita nikah, baru nak rasa duduk dengan you. Tapi hanya dapat merasai dua minggu sahaja.”


Cik Nurshela yang tidak bekerja buat masa ini berkata arwah merupakan seorang penyayang dan selalu menemaninya ke setiap rawatan di Hospital Kanak-Kanak dan Wanita (KKH).


Mereka juga sering mengerjakan tempahan penghantaran bersama-sama demi mengumpul duit membina keluarga sendiri.







Terdahulu, polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ia menerima laporan berkenaan kemalangan melibatkan mini bas, lori dan motosikal di jalan keluar ECP ke Ekspreswe Marina Coastal (MCE) sekitar 11 pagi pada Rabu.

Polis berkata seorang penunggang motosikal dikerjakan ke Hospital Tan Tock Seng, yang mana beliau kemudian disahkan meninggal dunia pada hari yang sama.

Susulan itu, seorang lelaki, 38 tahun, yang menumpang bas mini tersebut, telah ditangkap dan didakwa pada Jumaat kerana menyebabkan kecederaan teruk akibat tindakan terburu-buru.







Menukil laporan The Straits Times (ST), seorang saksi kejadian berkata pemandu lori itu telah berhenti secara serta merta apabila bas kecil di depannya tiba-tiba menekan brek, lantas menyebabkan arwah melanggar lori itu dari belakang.


Kakak arwah, Cik Noorashikin Atan, 38 tahun berkata kepada ST, Allahyarham Nurhilmi ditugaskan menghantarkan berapa dokumen kepada seorang pelanggan sekitar 10.45 pagi.

Dua jam kemudian, beliau diberitahu arwah adiknya telah dibawa ke hospital dan mereka tidak percaya arwah sudah meninggal dunia.


Akibat kejadian itu, Cik Noorashikin berkata ibunya, suri rumah, 58 tahun dan ayahnya, pemandu bas yang kurang sihat, 60 tahun, rasa hampa terhadap kejadian itu dan mereka tidak berupaya “tidur dan makan”.







Cik Nurshela juga berkata pada hari kemalangan itu, beliau dan arwah suaminya itu sepatutnya keluar bersama pada waktu malam selepas arwah pulang daripada kerja.

“Pada pagi itu arwah cakap, ‘I keluar buat kerja dulu okey, nanti I balik I belikan barang you, lepas itu malam kita keluar.’ Arwah pun ajak saya ikut sekali tapi saya tak mahu,” ujarnya lagi.


Cik Nurshela berkata arwah sepatutnya membelikan sebuah alat keriting rambut baginya.

Di kiriman WhatsApp terakhir kepada arwah, Cik Nurshela mengandaikan arwah tidak membalas mesejnya atas sebab bateri telefon yang sudah habis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >