Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Nahas di JB: Hasrat rai hari jadi dengan keluarga tidak kesampaian

Aug 06, 2023 | 08:08 PM



Beliau seorang yang baik hati, peramah dan sangat penyayang.

Demikian kata-kata yang dikongsi ahli keluarga dan rakan-rakan Allahyarham Mohamad Ilyas Ilyasa Mohamad Ismadi, 22 tahun, apabila diminta berkongsi kenangan bersama beliau.

Allahyarham Ilyas terkorban pada Jumaat malam, apabila penunggang motosikal itu terlibat dalam kemalangan dengan lori treler berhampiran batu tanda 9.5km di lebuh raya Linkedua ke arah Johor Bahru.

Pemboncengnya, Cik Nur Surya Emelya Mohamad Imran, 22 tahun, yang juga warga Singapura, cedera parah dan dibawa pulang ke Singapura pada Sabtu. Beliau kini dirawat di Hospital Khoo Teck Puat di Yishun.

Jenazah Allahyarham Ilyas dibawa pulang ke Singapura pada Ahad untuk dikebumikan.







Ditemui Berita Harian (BH) di Pusara Aman pada hari yang sama, kakak Allahyarham, yang hanya ingin dikenali sebagai Cik Nurul Atiqah, 29 tahun, berkata adiknya itu seorang yang sangat disayangi oleh keluarga dan rakan-rakan.


“Beliau sangat penyayang dan sering menghiburkan hati kami sekeluarga. Jika ada masalah, beliau sentiasa ada untuk membantu. Sepatutnya, beliau meraikan hari jadinya yang ke-23 pada 26 Ogos. Tapi sedihnya, tidak kesampaian untuk kami menyambutnya bersama,” kata Cik Nurul Atiqah.

Jenazah Allahyarham Ilyas disembahyangkan di Masjid Pusara Aman sekitar 2.50 petang pada Ahad dan pengebumiannya disaksikan keluarga, rakan sekolah dan rakan yang menjalani Perkhidmatan Negara (NS) bersamanya. Beliau baru sahaja melengkapkan NS pada Mei lalu dan kini bertugas sebagai penghantar makanan.

Adik lelaki Allahyarham Ilyas, Encik Adam Haikal, 20 tahun, tidak dapat menahan sebak semasa mengimbau kenangan manis bersama abangnya.

“Beliau sangat penyayang. Dahulu, bila kita masih kecil, kita sering gaduh. Tapi, apabila sudah dewasa, ikatan kami semakin erat. Bila kakak saya menghubungi saya menerusi panggilan video pada Jumaat malam, saya sebak dan seperti tidak percaya abang saya sudah tiada lagi,” kata Encik Adam.







Menurut keluarga Allahyarham Ilyas, beliau dan Cik Emelya sedang dalam perjalanan ke Kempas di Johor Bahru pada Jumaat malam bersama keluarga Cik Emelya untuk makan malam.

Dalam perjalanan ke sana, kereta yang dinaiki keluarga Cik Emelya tergendala kerana kesesakan trafik di imigresen. Namun, motor yang ditunggang Allahyarham Ilyas dan Cik Emelya melepasi pemeriksaan kastam lebih awal.

“Emelya kata motornya sudah lepas imigresen dan beliau kata jumpa di tempat makan dalam 30 minit.

“Namun, saya menerima panggilan telefon daripada seorang wanita yang menggunakan telefon bimbit Emelya. Beliau memberitahu saya Emelya cedera parah dan penunggang motosikal telah meninggal dunia,” kata ibu Cik Emelya, yang hanya ingin dikenali sebagai Cik Ema.

Ketika ditemu BH, bapa Cik Emelya, Encik Mohamad Imran Mohamad Bosir, 45 tahun, berkata anaknya sedang dirawat di Unit Jagaan Rapi (ICU) di Hospital Khoo Teck Puat sejak Sabtu, setelah dipindahkan dari Hospital Sultanah Aminah di Johor.

Cik Emelya berada dalam keadaan sedar, tapi telah mengalami beberapa kecederaan di bahagian pelvis dan hati, dan terpaksa menjalani pembedahan dalam masa tiga hari ini.

Menahan sebak, Encik Imran berkata Allahyarham Ilyas seorang yang berhati mulia dan telah melayan Cik Emelya dengan baik.







“Allahyarham Ilyas seorang yang baik, sangat menghormati orang dan penyayang. Walaupun beliau baru sahaja tamat NS pada Mei, Allahyarham Ilyas dan Emelya telah menghadiahkan saya dan isteri pergi melancong.

“Mereka juga merancang mendirikan rumah tangga pada tahun depan, namun hasrat itu tidak kesampaian,” kata Encik Imran lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >