Naib Marsyal Udara NZ temu Maliki

MENTERI Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman (gambar, kanan), bertemu Panglima Tentera Udara Diraja New Zealand (RNZAF), Naib Marsyal Udara (AVM) Tony Davies, yang dalam rangka lawatan pengenalan ke Singapura. Dalam catatannya di Facebook semalam, Dr Maliki berkata bahawa New Zealand dan Singapura berkongsi hubungan yang rapat dan lama dengan banyak kepentingan bersama.

Menurutnya, kededua angkatan udara melakukan latihan bersama-sama secara kerap bagi mengasah kemahiran mereka dan membina silang operasi sesama.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan