Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Naik gaji bagi guru, pendidik bersekutu dan guru prasekolah MOE mulai Ogos

Aug 16, 2022 | 07:03 PM



GURU, pendidik bersekutu (AED) dan guru prasekolah Kementerian Pendidikan (MOE) akan menerima kenaikan gaji bulanan mulai 1 Oktober.


Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa (16 Ogos), MOE menyatakan  sekitar 35,000 guru, 1,600 AED dan 800 guru prasekolah kementerian itu akan menerima kenaikan gaji antara 5 dengan 10 peratus.


Pelarasan gaji itu bertujuan memastikan pakej gaji keseluruhan mereka kekal bersaing, selain memastikan MOE dapat terus menarik dan mengekalkan bakat pendidik yang baik, kata kementerian itu.


Kali terakhir gaji guru dan AED disemak pada 2015, sementara skim bagi guru prasekolah MOE diperkenal pada 2019.


Sementara itu, MOE juga berkata ia akan melakukan dua penambahbaikan pada Skim Perkhidmatan Pendidikan yang akan berkuatkuasa tahun depan.


Gred substantif pegawai pendidikan am (GEO) 5A baru akan diwujudkan untuk mengiktiraf dengan lebih baik sumbangan berharga guru berprestasi baik dalam gred ini yang tidak memegang jawatan Kakitangan Utama (KP). 


Selain itu, MOE berkata ia akan meningkatkan Pelan CONNECT, iaitu rancangan pengekalan 30 tahun bagi guru di mana kuantum kadar rata $3,200 hingga $8,320 diketepikan bagi guru itu setiap tahun, bergantung pada tempoh perkhidmatan mereka, dan pembayaran yang terdiri daripada sebahagian wang terkumpul diberikan setiap tiga hingga lima tahun kerjayanya.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >