Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Nas Daily sudah tiba di Singapura

Apr 17, 2019 | 08:23 PM



PENERBIT di sebalik siri video terkenal Nas Daily di Facebook, Encik Nuseir Yassin, telah tiba di Singapura hari ini (17 April) bersama teman wanitanya, Cik Alyne Tamir, yang juga seorang blogger video.



Encik Nuseir yang lebih dikenali sebagai Nas sebelum ini mengumumkan bahawa beliau dan syarikatnya, Nas Daily Corporation, akan berpindah ke Singapura untuk menubuhkan sebuah syarikat baru, iaitu Nas Daily Media Company.



Menurut akhbar The New Paper, pasangan itu akan tinggal di sebuah apartmen dekat stesen MRT Somerset buat sementara waktu sehingga mereka membeli rumah sendiri.



“Selepas tiga tahun berkunjung dari satu negara ke negara lain tanpa tempat tinggal tetap, akhirnya saya mahukan tempat kediaman saya sendiri.



“Saya rasa Singapura tempat yang mesra bagi saya tubuhkan syarikat dan tinggal di sini,” kata Nas.



Tambahnya, beliau juga akan mengadakan satu acara pertemuan keduanya di Singapura, di Kebun Bunga Singapura (SBG) dari 4 hingga 6 petang Sabtu ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >