Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Nasihat guaman percuma antara usul AP bagi perkukuh perlindungan terhadap bahaya dalam talian

Nov 09, 2022 | 05:30 AM



ANGGOTA Parlimen (AP) semalam menyarankan beberapa langkah untuk memperkukuh perlindungan terhadap bahaya dalam talian, termasuk menyediakan nasihat guaman percuma dan mengatasi teknologi baru seperti metaverse.



Menyertai perbahasan mengenai keselamatan dalam talian di Parlimen, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang) menarik perhatian satu kajian baru-baru ini menunjukkan hampir 87 peratus individu tidak tahu apakah bantuan guaman yang boleh diperolehi apabila berdepan dengan bahaya dalam talian secara peribadi.



"Usaha meningkatkan kesedaran dan memperkasa harus dilakukan secara berterusan.



"Saya ada tiga saranan - sediakan nasihat guaman pro bono di bawah Biro Bantuan Guaman bagi individu yang menghadapi bahaya dalam talian; samakan cara melaporkan bahaya dalam talian bagi semua wadah; serta libatkan wadah dan penyedia khidmat penyiaran untuk terlibat dalam kempen kesedaran awam," kata Encik Zhulkarnain.



Dalam ucapannya, beliau juga memberi contoh inisiatif Defence Guild SG melibatkan peguam berbilang bangsa dan agama yang bergabung untuk menyediakan perkhidmatan guaman percuma kepada mangsa gangguan dalam talian dalam bentuk seksual, diskriminasi mahupun keganasan.



Idea bagi inisiatif itu tercetus setelah tersebarnya isu gangguan seksual dalam talian terhadap 17 ustazah tempatan, yang menjadi mangsa tinjauan lucah dalam talian.



Isu tersebut menyedarkan ramai anggota masyarakat Melayu/Islam mengenai bahaya ancaman kemudaratan dalam talian, kata Encik Zhulkarnain.



Seorang lagi AP yang menyertai perbahasan itu semalam, Cik Tin Pei Ling (MacPherson), menekankan pentingnya undang-undang yang menangani ancaman tersebut mengikuti perkembangan teknologi.



"Kemajuan teknologi dan gangguan berlaku pada kelajuan yang semakin pantas, membawa bersamanya isu dan cabaran operasi baru yang rang undang-undang hari ini mungkin tidak dapat menangani dengan mencukupi.



"Sebagai contoh, kebangkitan metaverse dan lebih ramai orang muda yang menyelaminya. Semua perundangan dan mekanisme perlindungan mesti mengikuti perkembangannya," ujar Cik Tin.



Pada Oktober lalu, Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) mengeluarkan draf salinan Kod Amalan bagi Keselamatan Dalam Talian untuk mengatasi ancaman bahaya dalam talian.



Antara lain, kod amalan itu memerlukan perkhidmatan media sosial menghantar laporan secara tahunan kepada IMDA untuk mencerminkan pengalaman pengguna Singapura mengenai perkhidmatan itu, termasuk tindakan yang diambil terhadap laporan pengguna.



Encik Gerald Giam (GRC Aljunied) menyarankan agar perkhidmatan media sosial diwajibkan menghantar laporan tersebut setiap suku tahun untuk menyenarai jenis kandungan yang dikenal pasti pengguna.



"Ini supaya IMDA boleh dimaklumkan tentang trend kandungan dan sikap dalam talian yang berbahaya," ujar Encik Giam.



Perbahasan mengenai keselamatan dalam talian akan diteruskan hari ini.




“Usaha meningkatkan kesedaran dan memperkasa orang awam harus dilakukan secara berterusan. Saya ada tiga saranan – sediakan nasihat guaman pro bono di bawah Biro Bantuan Guaman bagi individu menghadapi bahaya dalam talian; standardkan cara melaporkan bahaya dalam talian bagi semua wadah; serta libatkan wadah dan penyedia khidmat penyiaran untuk terlibat dalam kempen kesedaran awam.”
– Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang).



“Kemajuan teknologi dan gangguan berlaku pada kelajuan kian pantas, membawa bersamanya isu dan cabaran operasi baru yang rang undang-undang hari ini mungkin tidak dapat tangani secukupnya. Sebagai contoh, kebangkitan metaverse dan lebih ramai orang muda menyelaminya. Semua perundangan dan mekanisme perlindungan mesti mengikuti perkembangannya”.
– Cik Tin Pei Ling (MacPherson).



“Kod Amalan (bagi Keselamatan Dalam Talian) memerlukan perkhidmatan media sosial menghantar laporan secara tahunan kepada IMDA (Penguasa Pembangunan Infokom Media) untuk mencerminkan pengalaman pengguna Singapura mengenai perkhidmatan itu, termasuk tindakan yang diambil terhadap laporan pengguna. Saya ingin menyarankan agar perkhidmatan media sosial diperlukan untuk menghantar laporan setiap suku untuk menyenarai jenis kandungan yang dikenal pasti pengguna.”
– Encik Gerald Giam (GRC Aljunied).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >