Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NDP akan dibawa ke rumah; acara dibahagi ke dua bahagian tahun ini

May 20, 2020 | 12:01 PM



PERBARISAN Hari Kebangsaan (NDP) akan kekal diadakan pada 9 Ogos, walaupun di tengah-tengah Covid-19.



Namun, corak sambutan ulang tahun Singapura ke-55 akan diubah, dan tidak seperti tahun-tahun sebelumnya.



Buat julung kalinya, sambutan tahun ini akan disiarkan secara langsung ke rumah dan diraikan di mana-mana, dengan pelbagai kegiatan sepanjang hari melibatkan rakyat disajikan, kata pengerusi Jawatankuasa Eksekutif NDP2020, Brigadier-Jeneral (BG) Frederick Choo dalam satu sidang media maya pagi ini.



NDP2020, dengan tema ‘Together, A Stronger Singapore’, akan dibahagikan kepada dua acara - pagi dan malam.



Acara bahagian pagi akan dimulakan dengan siaran seluruh negara mesej Hari Kebangsaan Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan perbarisan di Padang yang akan dihadiri Presiden Halimah Yacob.



Ini disertai dengan upacara menaikkan bendera di seluruh Singapura semasa nyanyian Lagu Kebangsaan.



Segmen NDP kegemaran ramai seperti pertunjukan Terbang Lalu Bendera Negara, Perarakan Kenderaan, Singa Merah dan Tembak Hormat Kepresidenan 21 Das juga akan dibawa ke estet-estet kejiranan tahun ini.



Acara pada sebelah malam, yang diadakan di Pusat Seni Pementasan The Star, akan menampilkan filem dan persembahan bakat-bakat Singapura dan pertunjukan bunga api secara serentak di 10 lokasi di Singapura.



NDP2020 akan disiarkan secara langsung di televisyen dan wadah dalam talian.



Tambah BG Choo, jumlah peserta dalam NDP2020 akan dikurangkan kepada sekitar 200 orang, berbanding 1,800 peserta pada perbarisan sebelum ini, demi mematuhi langkah berjaga-jaga membendung Covid-19.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >