Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NDP: Cabaran tersendiri pastikan kesejahteraan 'anak didik'

NDP
Aug 09, 2018 | 05:30 AM



TUGASNYA melibatkan beliau menjaga pentadbiran dan kesejahteraan lebih 560 peserta yang terlibat dalam Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini.



Bagi Pakar Ketenteraan (ME)3 Radin Yusoff Radin Othman, tugas yang dipikulnya itu merangkumi hampir seluruh aspek persembahan tatu ketenteraan yang merupakan sebahagian daripada segmen Perbarisan dan Upacara (P&C).



Persembahan tentera gabungan ini merupakan yang terbesar dalam sejarah NDP di Platform Terapung Marina Bay.



Buat julung-julung kalinya, ia turut akan melibatkan penyertaan pancaragam sekolah dan skuad perbarisan jitu Pasukan Kadet Kebangsaan (NCC) serta sekitar 14 sekolah termasuk 18 pelajar dari sekolah pendidikan khas.



Dalam memastikan persembahan pembukaan NDP itu berjalan dengan lancar, ME3 Radin terlebih dahulu perlu membuat persediaan awal dengan menghadiri mesyuarat dan perbincangan jawatankuasa penganjur P&C NDP 2018 yang bermula sejak September 2017.



Menurut ME3 Radin, antara peranannya ialah menjadi pengantara jawatankuasa penganjur P&C NDP dan juga pihak sekolah.



Selain itu, beliau juga merupakan pegawai yang mengendalikan jadual latihan untuk para peserta yang bermula sejak Mac lalu.



"Tanggungjawab utama saya adalah memastikan setiap peserta berada dalam baik dan bersedia untuk membuat persembahan.



"Jadi, sebelum latihan rasmi bermula, saya sudah pun berhubung dengan sekolah-sekolah yang terlibat tentang apa yang perlu dilakukan serta memberikan jadual latihan NDP kepada mereka," katanya.



ME3 Radin akur bahawa tanggungjawabnya itu mempunyai cabaran yang tersendiri.



Seramai 190 pelajar akan mengambil bahagian dalam persembahan tatu ketenteraan di samping pegawai dari Polis Tentera Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), pancaragam SAF dan Pasukan Polis Singapura (SPF).



"Setiap kumpulan mempunyai keperluan dan cabaran tersendiri. Memandangkan kami akan menampilkan para pelajar dalam persembahan ini, saya juga perlu menjaga kesejahteraan mereka.



"Namun yang paling penting sekali, saya harus memastikan bahawa setiap peserta - pelajar mahupun pegawai SAF dan SPF - berada dalam taraf yang sama sewaktu persembahan.



"Selain itu, saya juga berhadapan cabaran seperti mendapatkan pelajar ini untuk menghadiri sesi latihan yang telah ditetapkan. Kadangkala saya terpaksa menukar jadual latihan agar semua peserta dapat hadir," tambah ME3 Radin yang sudah berkhidmat dengan SAF selama 36 tahun.



Selepas terlibat dalam hampir lebih daripada 30 edisi NDP sejak menyertainya buat kali pertama pada 1978 sewaktu di bangku sekolah, ME3 Radin merasakan NDP tahun ini lebih meriah dan seronok.



"Tahun ini, bagi persembahan tatu kententeraan ini, penonton dapat menyaksikan saat-saat yang menakjubkan yang akan membuat mereka teruja.



"Para peserta kami, termasuk para pelajar yang terlibat telah berlatih dengan gigih dan saya pasti penonton akan pulang dengan satu kenangan yang tidak akan dapat dilupakan," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >