Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NEA lancar tempoh cubaan mesin pembersih jalan tanpa pemandu

Jan 15, 2021 | 05:30 AM



PERCUBAAN mesin membersihkan jalan raya tanpa pemandu telah dilancarkan di beberapa kawasan semalam.



Jika percubaan tersebut menghasilkan keputusan yang baik, kenderaan khidmat sekitaran berautonomi (AESV) itu akan dikerahkan untuk membersihkan jalan raya semasa waktu tidak sibuk bagi beberapa tahun akan datang.



Percubaan tersebut bermula semalam selepas Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) mengumumkan dua prototaip AESV telah memaparkan ciri-ciri mesin itu dan dijangka berakhir Julai tahun ini.



Percubaan AESV itu akan dilancarkan secara progresif, bermula masa kurang sibuk, seperti hujung minggu dan waktu petang, di kawasan kecil seperti di one-north, Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dan CleanTech Park di Daerah Inovasi Jurong.



Bersesuaian dengan rangka kerja keselamatan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) untuk percubaan kenderaan berautonomi, kededua AESV itu akan dinaiki pemandu yang terlatih untuk mengawal kenderaan tersebut jika perlu sepanjang ia beroperasi.



Pengendalian prototaip tersebut juga dipantau secara langsung dari pusat arahan.



Tambahan lagi, kededua unit percubaan AESV itu memaparkan pelekat dan tanda yang mudah dikenal pasti oleh pengguna jalan raya lain.



Pengarah (Masa depan dan transformasi) di Kementerian Pengangkutan, Encik Daryl Yeo, berkata pengerahan AESV akan membantu memindahkan aktiviti pembersihan jalan raya ke masa yang kurang sibuk, dan langsung mengurangkan kesesakan.



"Ini menunjukkan potensi sistem autonomi kami untuk menjadikan rangkaian pengangkutan Singapura lebih berkesan dan bersedia untuk masa depan," katanya.



Penguatkuasaan AESV itu juga akan mengurangkan tenaga kerja pekerja pembersihan yang diperlukan, langsung mempertingkat produktiviti secara keseluruhan.



Kenderaan tersebut dibina oleh dua konsortia yang telah dianugerahkan projek penyelidikan dan pembangunan oleh NEA dan MOT pada Mac 2019 untuk menggunakan teknologi kenderaan berautonomi kepada mesin yang membersihkan jalan raya.



Mengulas tentang inisiatif tersebut, Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Kemampanan dan Sekitaran), Dr Amy Khor yang hadir semasa pelancaran tersebut di Pusat Kecemerlangan bagi Ujian dan Kajian Kenderaan Autonomi di NTU (Cetran) berkata:



"Tugas pekerja pembersihan kita akan menjadi lebih mudah, selamat, bijak dan ini akan memberi mereka peluang untuk melaksanakan tugas yang mempunyai nilai tambahan.



"Saya harap dengan projek seperti ini, kita mampu memanfaatkan industri robotik tempatan untuk membantu membina keupayaan dan kepakaran dalam mengemukakan penyelesian bagi masalah sekitaran menggunakan robotik, dan memberinya nilai komersial dan dieksport, untuk memperluaskan peluang industri tempatan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >