Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga emas cekal semangat ambil vaksin

Nenek, datuk 2 cucu dapatkan vaksin demi keselamatan keluarga

Demi keselamatan dan kesihatan, warga emas ini telah mengambil vaksin Covid-19 bukan sahaja untuk melindungi diri sendiri tetapi juga orang-orang tersayang. Ikuti pengalaman mereka yang dikongsi dengan BERITA HARIAN.
Jul 02, 2021 | 05:30 AM



MESKIPUN terbaca beberapa dakwaan negatif mengenai vaksin Covid-19, ini tidak mengubah minda pasangan lanjut usia, Encik Abdul Majid Moulabas dan Cik Jamaliah Mahbob, daripada mendapatkan vaksin.



Encik Abdul Majid, 72 tahun, dan isterinya, Cik Jamaliah, 73 tahun, telah mendapatkan vaksin pada Mei lalu kerana ingin melindungi diri mereka, terutamanya dengan ketidaktentuan pandemik yang berterusan.



Sebagai warga emas, pasangan yang mempunyai dua anak itu berkata semasa dihubungi, adalah lebih baik untuk mengambil langkah pencegahan seperti vaksinasi, agar dapat menjalani kehidupan seperti sediakala dan dengan ketenangan minda.



Menjelaskan lebih lanjut apa yang mendorong mereka suami isteri mengambil vaksin, Encik Abdul Majid berkata:



"Apabila kita lihat pandemik ini satu masalah global dan ramai yang merana atau menjadi korban, kami turut merasa prihatin.



"Di Singapura, kami bernasib baik pemerintah mengambil langkah yang cepat untuk mengawal penularan."



Pada masa yang sama, beliau akur bahawa golongan sepertinya tidak boleh menganggap yang jangkitan tidak boleh berlaku pada diri sendiri.



"Sebab kita perhatikan banyak negara di dunia termasuk negara jiran kita yang terjejas.



"Jadi sebagai warga emas, kami berdua fikir lebih baik mengambil langkah pencegahan sebelum terlambat dan menyesal nanti," kata Encik Abdul Majid yang tidak mengalami banyak kesan sampingan selepas divaksin, kecuali rasa sengal dan sedikit demam.



Apabila ditanya jika beliau dan isterinya mempunyai sebarang keraguan atau kebimbangan mengenai vaksin, datuk dua cucu itu berkata:



"Memang kami ada dengar dan baca tentang isu kontroversial dan negatif mengenai jenis-jenis vaksin. Namun selama beberapa bulan lalu kami tidak dengar tentang sebarang kes yang serius.



"Maka, kami rasa adalah baik untuk kami teruskan vaksinasi dengan keyakinan."



Bagi Cik Jamaliah pula, motivasi daripada suami mahupun keluarganya telah membantu mendorongnya mengambil keputusan divaksin.



"Pada awalnya, saya khuatir sebab menghidapi kencing manis dan mengambil ubat.



"Tetapi suami menggalak saya agar pergi dapatkan vaksin bersama-sama, jadi saya pun ikut serta," ujarnya.



Tambahan lagi, pasangan itu yang mengendalikan perniagaan perkhidmatan, berpendapat manfaat vaksinasi sudah terbukti dan ketara.



Dalam hal ini, kehidupan berkeluarga yang selamat menjadi pembakar semangat mereka untuk mendapatkan vaksin, menurut Encik Abdul Majid.



"Kami sedar banyak kes jangkitan yang menjejas warga emas dan mereka lebih terdedah.



"Walaupun kami berdua tidak mempunyai tahap kesihatan yang sempurna, tetapi kami tidak mahu terpisah dari orang tersayang kerana Covid-19.



"Kami amat mementingkan untuk terus bersama keluarga kami dengan tenang," terang beliau.



Lantaran itu, pasangan tersebut menggesa rakan sebaya supaya tidak berlengah mengambil vaksin demi keselamatan dan kesihatan diri dan keluarga.



"Adalah bijak untuk mengambil langkah berjaga- jaga, khususnya warga emas yang masih lagi menimbangkan untuk berbuat demikian.



"Kita harus yakin terhadap usaha pemerintah untuk melindungi penduduk Singapura," gesa Encik Abdul Majid.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >