Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Netflix naikkan harga

Oct 20, 2021 | 05:30 AM



SYARIKAT gergasi penstriman Netflix telah menaikkan harga yang dikenakannya kepada pelanggan di Singapura.



Syarikat di sebalik siri drama popular di kalangan ramai seperti drama Korea Squid Game dan drama komedi Britain Sex Education itu menawarkan tiga pelan harga bulanan.



Dengan semakan itu, harga pelan asasnya akan naik daripada $11.98 kepada $12.98.



Harga pelan standardnya pula akan naik daripada $15.98 kepada $17.48.



Sementara itu, harga pelan premium Netflix akan naik sebanyak $2 daripada $19.98 kepada $21.98.



Pelan premium itu akan membolehkan pelanggan menonton melalui kaedah Ultra definisi tinggi (HD), dengan hingga empat skrin boleh digunakan pada satu masa.



Harga baru bagi pelan Netflix itu mula dilaksana pada 7 Oktober dan akan diperkenal buat pelanggan dalam beberapa minggu akan datang.



Mereka akan diberitahu menerusi e-mel sebulan sebelum mereka perlu membayar pada harga baru itu.



Pelanggan baru akan dikenakan harga baru itu segera.



Kali terakhir Netflix menyesuaikan harga pelannya bagi pengguna di Singapura ialah pada Januari 2020.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >