Nikmat dapat sumbang tenaga
Mantan posmen gembira dapat sumbang kepada masyarakat dengan membantu bersihkan masjid
Mar 04, 2019 | 05:30 AM
SEPERTI ramai jemaah lain, Encik Mohd Jantan Mis berpagi-pagi ke masjid untuk solat subuh.
Namun, sedang ramai jemaah pulang selepas solat subuh, Encik Mohd Jantan menuju ke bilik stor mengeluarkan alat vakum dan membersihkan permaidani di ruang solat.