LEMBAGA Perpustakaan Negara (NLB) akan menarik balik satu siri buku bahasa Melayu daripada perpustakaan jagaannya dengan 'serta-merta', selepas keprihatinan berkenaan kandungannya ditimbulkan.
Buku-buku itu sebahagian daripada siri buku yang diterbitkan di Malaysia pada 2013 berjudul Agama, Tamadun dan Arkeologi, dan memberi penekanan pada agama dan tamadun berbeza.