Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

NMP: Perlu sokong sektor jagaan kesihatan walau lepas Covid-19

nmp
May 10, 2023 | 05:30 AM



USAHA seluruh pemerintah diperlukan untuk menyokong sektor penjagaan kesihatan meskipun selepas pandemik Covid-19.



Menggariskan tiga strategi luas tentang bagaimana ini boleh dilakukan, Anggota Parlimen Dilantik (NMP), Dr Tan Yia Swam, berkata terdapat keperluan mengenal pasti dan mengakui masalah, mendidik penduduk pada setiap lapisan usia dan bekerjasama silang kementerian.



"Pemimpin perlu tahu kenyataan yang sedang berlaku dan pekerja penjagaan kesihatan perlu belajar bersuara demi kebaikan sendiri," katanya.



Sepanjang dua tahun lalu, banyak dilaporkan tentang kekurangan katil di hospital, waktu kerja panjang bagi doktor dan jururawat, pembulian dan gangguan - ini semua bukan perkara baru dalam sektor penjagaan kesihatan, ujar Dr Tan.



"Kita mesti belajar daripada kesilapan lalu supaya ia tidak berulang," egasnya.



Beliau juga menyeru agar pendidikan kesihatan dilakukan di semua peringkat masyarakat.



Setiap kementerian boleh memainkan peranan masing-masing dalam pendidikan kesihatan - Kementerian Pendidikan, misalnya, boleh mengajar pelajar tentang pemakanan sihat dan senaman; Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga boleh mendidik tentang kebaikan dan keburukan mempunyai anak pada usia 20-an, 30-an malah 40-an tahun; dan Kementerian Tenaga Manusia boleh melihat cara mewujudkan tempat kerja lebih sihat.



NMP Dr Shahira Abdullah pula berkata terdapat keperluan sokongan berkaitan kekurangan tenaga kerja dalam sektor penjagaan kesihatan.



Pekerja ini sering berdepan dengan tekanan kuat dan sekitaran kerja mencabar, menyebabkan isu kesihatan mental dan tersangat penat.



"Terasnya ini sebenarnya ialah kekurangan tenaga kerja," katanya.



Beliau menyarankan agar pekerja penjagaan kesihatan, suami atau isteri serta anak-anak mereka diberi status Penduduk Tetap (PR) untuk mengekalkan bakat di sini.



Dalam pada itu, NMP Encik Abdul Samad Abdul Wahab mengetengahkan isu keletihan dalam kalangan pekerja penjagaan kesihatan serta pelajar yang melalui latihan amali (internship) di institusi penjagaan kesihatan secara percuma.



Amalan ini patut dihentikan, kata beliau, sambil menyeru Kementerian Kesihatan dan hospital supaya "menyemak perkara ini dengan segera dan tidak menjadikan pelajar kita buruh percuma".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >