SOALAN: Apakah hukum berkaitan minuman bukan alkohol yang halal?
JAWAPAN: Minuman bukan alkohol yang halal lebih dikenali sebagai bir halal atau wain halal. Minuman ini didakwa mempunyai kandungan alkohol yang sangat rendah (0.5 peratus) hingga langsung tiada alkohol. Jawatankuasa Fatwa telah mengeluarkan fatwa yang menyatakan bahawa minuman bukan alkohol yang halal, yang didakwa mempunyai kandungan alkohol yang sangat rendah hingga tiada langsung, adalah haram. Ini kerana proses persiapan minuman ini sama dengan proses penghasilan khamr.
SOALAN: Adakah cuka epal (apple cider vinegar) halal?
JAWAPAN: Cuka epal secara umumnya adalah halal. Namun, pastikan tiada bahan alkohol lain seperti wain dan cuka 'spirit' yang ditambah ke dalam produk tersebut. Lihat senarai bahan dan pastikan ia tidak mengandungi sebarang bahan haram atau yang boleh menimbulkan keraguan.
- Sumber: Laman web Muslim.sg