Subuh
5:38
Syuruk
6:54
Zuhur
12:59
Asar
4:00
Maghrib
7:01
Isyak
8:10
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Taufik lwn Sufi

Jul 21, 2016 | 05:30 AM

SIAPA lebih 'bertaring' di pentas Anugerah Planet Muzik (APM) yang berlangsung pada 30 September ini di Teater Mediacorp - Idola Singapura atau juara Akademi Fantasia 2015?

Si idola pujaan ramai, Taufik Batisah, 34 tahun, dan bintang muda yang meningkat naik namanya, Sufi Rashid, 25 tahun, meraih enam pencalonan APM, yang tertinggi dalam kalangan artis Singapura.

Pencalonan tertinggi sebanyak tujuh kategori diterima penggubah lagu dan penyanyi Malaysia, Faizal Tahir.

Mungkinkah Izinkanku, nyanyian dan ciptaan Taufik, diizinkan menang dalam kategori Lagu Terbaik (Singapura), Lagu Paling Popular (Singapura) dan Lagu Paling Popular APM?

Atau Kisah Dua Muka dendangan dan ciptaan Sufi bakal mencatat kisah bersejarah baru di APM dalam tiga kategori itu?

Taufik dan Sufi turut dicalonkan dalam kategori Ikon Media Sosial, Artis Paling Popular (Singapura) dan Artis Paling Popular APM.

Laporan lanjut: Bintang mapan bersaing sihat dengan bakat muda

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3