Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

INFO

Langkah menderma dan membantu

Apr 21, 2020 | 05:30 AM



LEBIH $1 juta telah berjaya dikumpul menerusi beberapa daya usaha yang bertujuan untuk mengumpul derma bagi pekerja asing yang tinggal di dormitori sejauh ini.



Sehingga 7.30 malam tadi, satu inisiatif yang dimulakan personaliti media sosial setempat Preeti Nair telah berjaya mengumpulkan lebih $315,000 daripada lebih 4,500 penderma bagi badan bukan pemerintah (NGO) Transient Workers' Count Too (TWC2) dan HealthServe.



Jumlah ini lebih tiga kali jumlah asal yang disasarkannya, iaitu $100,000.



Sementara itu, #HOMEFORALL Migrants yang menyatukan beberapa badan termasuk TWC2, Pusat Pekerja Asing (MWC), A Good Space dan It's Raining Raincoats telah mengumpulkan lebih $692,000 daripada lebih 6,400 penderma sehingga 7.30 malam tadi.



Usaha ini menyasarkan untuk mengumpul derma sebanyak $800,000. Orang ramai yang ingin menyumbang boleh melakukan demikian di laman web https://give.asia/campaign/preetipls-x-utopia-for-migrant-workers-ngos-433#/ atau https://www.giving.sg/campaigns/homeforall-migrants.




SEDANG masyarakat Islam bakal menyambut ketibaan Ramadan dalam beberapa hari lagi, pihak berkuasa akan bekerjasama dengan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) untuk memenuhi keperluan pekerja asing Muslim yang bekerja di sini.



Demikian menurut komander sebuah pasukan petugas berbilang agensi yang ditubuhkan untuk membantu pengendali dormitori pekerja asing menjaga keperluan penduduknya, Brigadier-Jeneral (BG) Seet Uei Lim, dalam satu taklimat media menerusi sidang video minggu lalu.



Menurut BG Seet, usaha itu akan dijalankan sedang pihak berkuasa terus berusaha memenuhi keperluan kebajikan pekerja asing ini sementara terus melaksana langkah pemutus rangkaian jangkitan di kesemua 43 dormitori yang dibina khusus bagi pekerja asing di sini.



Tambahnya, mereka juga telah bekerjasama dengan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) untuk memastikan mereka dapat mengakses Internet bagi membolehkan mereka terus berhubung dengan keluarga di tanah air masing-masing selain menikmati hiburan.



Menurut BG Seet, mereka turut bekerjasama dengan Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) untuk menyediakan kandungan dalam talian dalam pelbagai bahasa.




SEBANYAK 1.3 juta pelitup kain guna semula telah mula diagihkan kepada 650,000 pekerja asing dan pembantu rumah mulai semalam sebagai sebahagian usaha meningkatkan perlindungan golongan itu daripada jangkitan Covid-19.



Setiap seorang daripada mereka akan menerima kit pelitup yang mengandungi dua pelitup kain guna semula dan satu pelitup pembedahan untuk digunakan sebagai penapis.



Usaha itu dijayakan oleh inisiatif pimpinan masyarakat, MaskForce, yang ditubuhkan bagi menyatukan penderma dan relawan untuk membantu mengagihkan kit pelitup itu kepada pembantu rumah dan pekerja asing di sini.



MaskForce, yang diterajui Menteri Negara Kanan (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Perhubungan dan Penerangan), Cik Sim Ann, disokong oleh Yayasan Temasek di bawah inisiatif Stay Prepared bagi meningkatkan daya tahan masyarakat Singapura semasa wabak Covid-19.



Kelmarin, Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan juga mengumumkan usaha mempercepat pembinaan dormitori pekerja asing di Changi East.



Kemudahan yang seharusnya menempatkan pekerja binaan Terminal 5 Lapangan Terbang Changi apabila projek itu sampai ke kemuncaknya, kini boleh dimanfaatkan bagi mengurangkan kesesakan di sebahagian dormitori pekerja asing sekarang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >