Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: TEKAD BERJAYA CABARAN DANA BAGI SENI

Pejuang seni teater 

Tampil sebagai penerima Anugerah Tunas Warisan yang julung-julung kali diberikan Yayasan Warisan Melayu baru-baru ini
Nov 18, 2021 | 05:00 AM



BELIAU mula berjinak-jinak dalam bidang teater sebagai pelakon, tetapi Cik Nurul Shaza Mohd Ishak sentiasa merebut apa jua peluang yang ada untuk menceburkan diri dalam bidang penerbitan dan pengurusan pentas demi memperluas pengalaman dan menambah keupayaannya dalam bidang seni.



Justeru, beliau pernah menghulur tenaga sebagai anggota kru bersama Teater Ekamatra, sebelum beralih kepada tugasan lain seperti pengurusan pentas, pengurusan penerbitan dan menjadi pengurus syarikat teater itu.



Pada masa ini, beliau merupakan pengarah urusan Teater Ekamatra dan pengaruh Cik Shaza bukan sahaja dapat dilihat dalam karya-karya yang dihasilkan syarikat teater itu yang mencerminkan isu dan cabaran yang dihadapi masyarakat Melayu, malah usahanya menyokong artis Melayu dalam pembangunan seni mereka.



Berkongsi pengalamannya dengan Berita Harian (BH) baru-baru ini, Cik Shaza, 31 tahun, berkata syarikat seni yang berkecimpung dalam budaya dan seni Melayu mungkin menghadapi dua cabaran besar iaitu dari segi kewangan dan mendekati masyarakat - kededua cabaran itu kadangkala bersangkut-paut.



"Kadangkala kami menghadapi masalah untuk mendekati lebih ramai orang kerana masyarakat lebih luas mungkin tidak menganggap isu yang dihadapi etnik minoriti sebagai isu yang menjejas mereka," kata beliau.



Berhubung soal kewangan pula, Cik Shaza berkata sebahagian besar syarikat seni dan budaya di Singapura bergantung pada dana sebagai pendapatan utama, tetapi syarikat yang berkecimpung dalam kesenian dan kebudayaan etnik, seperti budaya Melayu mungkin menghadapi cabaran lebih sukar untuk mengumpul dana.



Beliau berkata:



"Bagi saya, saya percaya bahawa sikap menghulur derma bagi tujuan seni mungkin belum cukup meluas dalam masyarakat Melayu dan ini adalah sebahagian cabaran yang berterusan bagi kami."



Justeru, Cik Shaza, yang mempunyai Sarjana Sastera dalam Penerbitan Kreatif dari Royal Central School of Speech and Drama di London, berkata beliau dan Teater Ekamatra, sejak dulu lagi telah cuba memperluas jangkauan melebihi masyarakat Melayu.



Ini termasuk terus berusaha untuk menambah perwakilan, kepelbagaian, ekuiti dan tahap inklusif dalam industri.



Dalam 10 tahun terakhir di Teater Ekamatra, Cik Shaza, yang turut bertugas sebagai pensyarah adjung di Kolej Seni Lasalle, berkata beliau telah memperkenalkan pelbagai inisiatif - ini termasuk program seperti siri Eklectic dan Program Residensi Seniman untuk menyokong artis bebas yang memerlukan ruang dan platform untuk mempamerkan karya mereka yang sedang berjalan.



Selain itu beliau turut mengembangkan program ekaNUSa untuk merapatkan jurang antara akademik dengan seni dengan melibatkan Jabatan Pengajian Melayu di Universiti Nasional Singapura (NUS).



Baru-baru ini, sumbangan Cik Shaza kepada bidang seni di sini diiktiraf apabila beliau tampil sebagai penerima Anugerah Tunas Warisan yang julung-julung kali diberikan Yayasan Warisan Melayu.



Anugerah Tunas Warisan bernilai $2,000 dianugerahkan kepada pengamal seni muda atau aktivis berusia 35 tahun ke bawah, yang pencapaian dan komitmen artistiknya membezakan mereka daripada yang lain selain menonjolkan potensi untuk menjadi pemimpin budaya generasi seterusnya.



Anugerah itu menambah kepada senarai panjang anugerah lain yang pernah dimenangi beliau.



Ini termasuk Biasiswa Possiswazah Li Siong Tay 2018, Anugerah Belia Harapan Goh Chok Tong 2017 serta sokongan kewangan daripada BinjaiTree Foundation dan Trailblazer Foundation.



Tahun lalu, beliau turut menerima Biasiswa Fellowship Eisenhower yang membolehkannya meneroka bidang Kedermawanan Seni dalam masyarakat kaum minoriti di Amerika Syarikat pula.



Menerusi program Fellowship yang dimulakan pada 1953 bagi meraikan tahun pertama Presiden Dwight D. Eisenhower berkhidmat di Rumah Putih, Cik Shaza berpeluang menjalani kursus dalam talian hujung tahun lalu sebelum ke Amerika Syarikat pada bulan lalu selama lima minggu.



Antara bandar yang dikunjunginya termasuk Philadelphia, New York, dan Los Angeles.



Dalam program tersebut, beliau meninjau cara menggalakkan masyarakat setempat tampil membuat sumbangan untuk seni di Singapura.



Cik Shaza merupakan felow termuda dalam sejarah 68 tahun fellowship tersebut.



Namun, mengulas mengenai Anugerah Tunas Warisan yang dimenanginya, Cik Shaza berkata beliau amat berbesar hati dipilih bagi anugerah tersebut dan menganggapnya sebagai yang paling istimewa baginya sejauh ini.



"Ini adalah satu pengiktirafan besar di atas segala penat lelah yang telah saya curahkan sejauh ini, baik untuk Teater Ekamatra mahupun industri seni yang lebih luas.



"Walaupun anugerah dan pengiktirafan tidak semestinya penting, ia memberi saya peluang untuk menggariskan usaha saya dan meningkatkan semangat untuk terus bertekad.



"Saya tidak sangka dipilih bagi anugerah ini kerana terdapat ramai lain yang hebat dalam bidang seni ini dan telah banyak membantu saya sepanjang jalan.



"Anugerah ini adalah untuk mereka juga," ujarnya.




CABARAN DANA BAGI SENI

"Bagi saya, saya percaya bahawa sikap menghulur derma bagi tujuan seni mungkin belum cukup meluas dalam masyarakat Melayu dan ini adalah sebahagian cabaran yang berterusan bagi kami."



ANUGERAH PEMBAKAR SEMANGAT

"Ini adalah satu pengiktirafan besar di atas segala penat lelah yang telah saya curahkan sejauh ini, baik untuk Teater Ekamatra mahupun industri seni yang lebih luas. Walaupun anugerah dan pengiktirafan tidak semestinya penting, ia memberi saya peluang untuk menggariskan usaha saya dan meningkatkan semangat untuk terus bertekad."

- Cik Nurul Shaza Mohd Ishak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >