Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ada kala ku ingin sendiri, bisik hati ibu muda

Apabila seorang wanita itu dinaikkan 'pangkat' menjadi ibu, tugasnya menjaga anak dan hal ehwal keluarga tidak akan pernah selesai. Justeru, fizikal, mental dan emosi beliau perlu dijaga dan ini dapat dicapai melalui 'self-care' atau menjaga kesejahteraan diri. Dalam ruang ini, kami teroka maksud istilah 'self-care' dan cara ia diterapkan. Sesibuk mana, seorang ibu tidak harus mengetepikan kesejahteraan diri sendiri
Jul 24, 2020 | 12:00 AM



TUGAS seorang ibu memang tidak akan pernah selesai.



Tidak kira sama ada mereka bekerja atau suri rumah sepenuh masa, para ibu boleh dikatakan menjalani 'syif 24 jam'.



Kesibukan bekerja dan memikul tanggungjawab seharian boleh meningkatkan tahap tekanan para ibu dengan tanpa disedari dan membuat mereka mengabaikan keperluan diri sendiri.



Menjaga dua orang anaknya sambil menguruskan perniagaannya di rumah tidak semudah yang disangkakan Cik Jannah Chan.



Beliau yang juga dikenali sebagai Chan Jia Ying, 31 tahun, akui menjaga anak-anaknya yang berusia empat dan satu tahun bermakna agak sukar baginya melakukan tugas lain.



"Yang paling mencabar bagi saya adalah apabila kededuanya meminta perhatian pada masa yang sama, kerana apabila ini terjadi agak sukar bagi saya untuk multitask dan menyelesaikan tugas lain," katanya semasa dihubungi Berita Harian baru-baru ini.



Cik Jannah telah memulakan perniagaan makanan bayi Anya Meals sejak 2017 bersama suaminya, Encik Muhammad Aiman Abdul Majid.



Suaminya mengendalikan operasi dapur perniagaannya itu sementara Cik Jannah menguruskan aspek kewangan dan dalam talian dari rumah.



"Sering kali kehidupan harian kita sebagai ibu terlalu tertumpu kepada keperluan anak dan ini membuatkan kita lupa akan keperluan diri sendiri dan juga orang lain di keliling kita.



"Sebagai seorang ibu, kita tidak seharusnya mengorbankan diri, tapi harus jaga kesejahteraan diri kita supaya dapat menjadi ibu yang lebih baik.



"Orang yang terbaik untuk melakukan demikian adalah diri kita sendiri," katanya.



Istilah self-care atau waktu khas untuk berehat dan menjaga kesejahteraan diri sendiri ini perlu diterapkan dalam kehidupan para ibu demi menjaga kesihatan fizikal dan minda.



Bagi Cik Jannah sendiri, self-care adalah untuk menjaga kesejahteraan diri secara fizikal, mental dan juga emosi.



Namun, ia seringkali dikelirukan dengan aktiviti-aktiviti 'berbelanja' untuk memanjakan diri sendiri.



Katanya: "Ramai yang keliru dan memahami self-care hanya sebagai meluangkan masa untuk ke spa atau beli-belah.



"Tapi sebenarnya anda hanya perlu melakukan aktiviti untuk diri anda sendiri.



"Ia mungkin perkara mudah seperti mengambil mana-mana peluang yang ada untuk berehat sendirian, luangkan masa dengan suami atau juga luangkan masa dengan Pencipta."



Selain itu, unplugging atau menjauhkan diri dari teknologi turut membantu merehatkan minda, tambahnya.



Para ibu juga perlu menjauhi individu-individu 'toksik'.



"Kita (para ibu) harus memastikan orang yang dikeliling kita dapat memberikan sokongan positif dan kepercayaan terhadap apa yang kita lakukan.



"Unsur-unsur negatif atau individu 'toksik' ini hanya akan menambah tahap kepenatan kita," ujarnya.



Menurut pengasas muslimparents.sg, Cik Suliyati Berori, ibu yang gembira bermakna keluarga juga yang gembira.



"Para ibu mempunyai tugas yang berat, tidak kira sama ada mereka bekerja sepenuh masa, sambilan mahupun menjadi suri rumah.



"Kajian menunjukkan individu yang cukup tidur dan rehat boleh membuat keputusan dengan lebih baik dan mengawal emosi mereka. Secara ringkas, ibu yang gembira dan mendapat perhatian dan keperluan yang dipenuhi bermakna keluarga yang gembira!"



Muslimparents.sg ditubuhkan empat tahun lalu untuk memberi tumpuan kepada kursus dan khidmat yang menepati keperluan keluarga moden.



Cik Suliyati menambah para suami memainkan peranan yang penting dan tidak boleh tetap berpegang dengan cara old-fashioned, contohnya dengan menyerahkan segala kerja rumah pada bahu sang isteri.



"Ini kerana, keluarga moden mempunyai keperluan berbeza berbanding keluarga zaman dahulu," katanya.



Antara cara suami dapat membantu adalah melalui membahagikan kerja rumah secara seimbang, meberikan isteri peluang meluangkan masa sendiri atau bersama teman-teman, dan menggalakkan isteri mengambil kursus-kursus yang beliau minati.



Menurut Cik Jannah, walaupun agak sukar untuk mencari masa untuk diri sendiri, beliau sering melakukannya semasa anak-anak tidur atau apabila suaminya menjaga anak-anak mereka.



"Saya amat menghargai apa yang dilakukan suami saya. Walaupun penat pulang bekerja, beliau tetap mengambil semua peluang yang ada untuk menjaga anak-anak kami dan menyuruh saya untuk lakukan apa yang saya perlu atau inginkan.



"Itu cara beliau menjaga kami sekeluarga," ujarnya.



INFOGRAFIK: Sokong pasangan anda nikmati masa untuk diri sendiri




PENTINGNYA KESEJAHTERAAN DIRI



Sering kali kehidupan harian kita sebagai ibu terlalu tertumpu kepada keperluan anak dan ini membuatkan kita lupa akan keperluan diri sendiri dan juga orang lain di keliling kita. Sebagai seorang ibu, kita tidak seharusnya mengorbankan diri, tapi harus jaga kesejahteraan diri kita supaya dapat menjadi ibu yang lebih baik. Orang yang terbaik untuk melakukan demikian adalah diri kita sendiri.
- Cik Jannah Chan, usahawan dan ibu dua orang anak.



IBU GEMBIRA, KELUARGA GEMBIRA



Para ibu mempunyai tugas yang berat, tidak kira sama ada mereka bekerja sepenuh masa, sambilan mahupun menjadi suri rumah. Kajian menunjukkan individu yang cukup tidur dan rehat boleh membuat keputusan dengan lebih baik dan mengawal emosi mereka. Secara ringkas, ibu yang gembira dan mendapat perhatian dan keperluan yang dipenuhi bermakna keluarga yang gembira!
- Pengasas muslimparents.sg, Cik Suliyati Berori.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >