Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NParks buka Pusat untuk Forensik Kehidupan Liar

Perkukuh keupayaan Nparks kenal pasti spesimen terlibat dalam perdagangan kehidupan liar haram
Aug 28, 2021 | 05:30 AM



LEMBAGA Taman Negara (NParks) semalam membuka Pusat untuk Forensik Kehidupan Liar (CWF) pertama di Singapura.



Pusat itu akan memperkukuh keupayaan diagnostik dan pengesanan Nparks dengan menggunakan kepakaran merentas NParks untuk mengenal pasti dan menganalisa spesimen yang terlibat dalam perdagangan kehidupan liar haram.



Unit K9 baru untuk bantu membongkar produk kehidupan liar dan kehidupan liar haram di sempadan Singapura juga diperkenalkan.



Anjing-anjing itu digunakan di pusat pemeriksaan untuk mengesan penyeludupan binatang terancam, dan barang seperti gading gajah dan sisik tenggiling.



Unit K9 baru ini dilatih khas untuk menghidu produk kehidupan liar dan fauna yang terancam dan kontraban yang mungkin tersembunyi dalam kargo atau bagasi.



Ini sedang Singapura mempertingkat larangan ke atas semua perdagangan gading, yang akan berkuat kuasa minggu depan.



Saintis di pusat itu, yang telah beroperasi sekitar setahun, telah mengkaji sampel binatang dan kayu balak daripada import haram untuk mengenal pasti spesies dan menjejaki sumbernya.



Ini akan membantu penguasa di Singapura dan rantau ini mengetatkan kawalan ke atas sindiket yang terlibat dalam perdagangan kehidupan liar haram, serta pemburu haram.



Pada 1 September, larangan Singapura ke atas perdagangan domestik bagi gading akan berkuatkuasa. Mulai bulan depan, penjualan gading gajah dan produk gading akan dilarang.



Mereka yang didapati menjual produk sebegitu, atau memaparkan gading gajah untuk dijual boleh didakwa di bawah Akta Spesies Terancam (Import & Eksport). Mereka boleh didenda sehingga $10,000 bagi setiap spesimen, tidak melebihi $100,000, atau dipenjara sehingga setahun, atau menghadapi kedua-dua hukuman.



Larangan itu termasuk gading yang dibawa ke Singapura sebelum 1990, sementara larangan ke atas perdagangan gading antarabangsa dilaksana oleh Konvensyen bagi Perdagangan Antarabangsa dalam Spesies Flora dan Fauna Liar yang Terancam (Cities). Singapura telah menandatangani konvensyen dan persetujuan antarabangsa ini.



Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee berkata semalam bahawa sejak pengumuman larangan itu pada 2019, penguasa telah mendekati industri dan masyarakat untuk bantu mengurus stok gading mereka sebelum 1990.



Encik Lee menyatakan bahawa menamatkan perdagangan kehidupan liar haram merupakan proses yang berterusan.



"Kami sedang...menyemak semula undang-undang kami untuk memperkukuh rejim kawal selia dan kuasa penguatkuasaan kami untuk menangani perdagangan kehidupan liar haram. Kami akan berkongsi lebih butiran apabila bersedia," tambahnya.



Pada April 2019, Singapura membuat rampasan terbesar sisik tenggiling secara global dalam lima tahun. Beg-beg mengandungi sisik tenggiling dan gading dalam kargo itu tersembunyi di belakang hantaran daging beku. Sekitar 17,000 tenggiling dibunuh untuk sisiknya dalam penghantaran itu.



"Bentuknya(hantaran haram sebegitu) tidak tetap, dan agak dinamik, dan sebab itulah kita perlu sentiasa kekal berjaga-jaga dan meningkatkan keupayaan kita dalam pengesanan menerusi unit K9," kata Dr Adrian Loo, pengarah kumpulan pengurusan kehidupan liar NParks.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >