Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NParks cantas pokok sepanjang SLE untuk halang lutung hampir pupus seberang jalan, dilanggar kenderaan

Dec 18, 2022 | 06:49 PM



LEMBAGA Taman Negara (NParks) telah mencantas pokok di sepanjang pinggir Lebuhraya Seletar (SLE) untuk mengelakkan lutung belang Raffles yang hampir pupus daripada dilanggar di jalan raya.



Ini berlaku selepas dua daripada monyet yang tinggal di pokok itu mati di kawasan itu dalam jarak kurang 24 jam pada 5 Disember dan 6 Disember, menyebabkan jumlah mereka semakin hampir ke ambang kepupusan.



Menjawab pertanyaan akhbar The Straits Times, pengarah pengurusan hidupan liar dan jangkauan NParks, Encik How Choon Beng, berkata penebangan pokok di sepanjang SLE dari Lentor Avenue ke Upper Thomson Road akan membantu mengurangkan laluan kanopi semula jadi yang mungkin digunakan monyet itu untuk sampai ke lebuh raya.



Keputusan bedah siasat telah memberi gambaran bahawa lutung berjalur Raffles yang mati (Presbytis femoralis) cuba menyeberangi lebuh raya, yang memisahkan bahagian hutan di kawasan itu.



Sejak kejadian itu, NParks tidak melihat sebarang lutung, tetapi ia akan terus memantau kawasan itu, kata Encik How.



Pakar primatologi Dr Andie Ang, yang mempengerusikan Kumpulan Kerja Langur Berjalur Raffles, berkata terdapat lutung ketiga dipercayai masih berada di kawasan itu.



Kedua-dua monyet yang mati dan lutung ketiga itu dipercayai saki baki kumpulan yang digelar penyelidik sebagai Thomson Big Band.



Pada suatu ketika dahulu, sekumpulan lima lutung jantan yang diketahui berjalan merentasi Upper Thomson Road menggunakan pokok hujan-hujan di tepi jalan dan di sepanjang median jalan untuk pergi ke pepohon seperti saga dan kayu manis liar.



Kata Encik How: "Kami juga bekerjasama dengan agensi yang berkaitan untuk memasang papan tanda bagi berpesan kepada pemandu supaya berjaga-jaga jika ada haiwan yang melintas."



Langkah-langkah campur tangan untuk mencegah insiden kematian jalan raya yang serupa telah dilaksanakan selepas berunding dengan Kumpulan Pemantau Kematian Jalan Raya dan Kumpulan Kerja Langur Berjalur Raffles, yang ditubuhkan pada 2016 untuk melindungi masa depan spesies tersebut.



Ahli kumpulan kerja lain termasuk Institut Jane Goodall (Singapura) serta universiti dan agensi dari Malaysia.



Lutung berjalur Raffles adalah salah satu daripada 25 primat paling terancam di dunia, menurut Dr Ang, yang juga seorang saintis penyelidikan di Mandai Nature, cabang pemuliharaan Kumpulan Hidupan Liar Mandai.



Monyet hitam putih yang juga dikenali sebagai monyet daun kerana pemakanan mereka, hanya boleh ditemui di Singapura dan selatan Semenanjung Malaysia.



Kematian baru-baru ini bermakna terdapat 73 haiwan ini yang tinggal di Singapura, menimbulkan kebimbangan mengenai masa depan mereka sekali lagi.



Mereka telah menunjukkan tanda-tanda pemulihan yang menjanjikan, dengan jumlah mereka meningkat daripada kira-kira 40 sedekad lalu.



Pada November, seekor lutung berusia sebulan dilihat sedang bermain-main dengan ibunya.



Dalam usaha meningkatkan bilangan lutung ini, NParks telah bekerjasama dengan masyarakat untuk menambah baik habitat mereka dengan menanam lebih banyak pokok dan meningkatkan kesalinghubungan antara tompok hijau melalui jambatan tali.



Walau bagaimanapun, apabila habitat lutung berkurangan disebabkan pembangunan bandar, para penyelidik telah meminta pemeliharaan dan perlindungan hutan di sebelah Upper Thomson Road, yang merupakan habitat penting untuk monyet yang jarang ditemui dan kini digunakan untuk latihan tentera. - THE STRAITS TIMES




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >