Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NParks perangkap burung gagak, hapuskan sarang selepas serangan burung di Serangoon Avenue 3

Mar 14, 2023 | 07:55 PM



LEMBAGA Taman Negara (NParks) sedang bekerjasama dengan agensi lain untuk menghapuskan sarang burung gagak di Serangoon Avenue 3, berikutan beberapa serangan ke atas penduduk.


Pengarah pengurusan hidupan liar dan khidmat mendekati masyarakat NParks, Encik How Choon Beng, berkata agensi itu telah dimaklumkan mengenai empat kes serangan di sekitar kawasan itu setakat Jumaat lalu.


Tambahnya, NParks menyedari tentang video bertarikh 7 Mac mengenai seorang wanita diserang burung gagak ketika beliau berjalan di kawasan situ, yang disiarkan di media sosial.


NParks telah mula menjalankan langkah kawalan bilangan binatang itu, termasuk memerangkap burung gagak serta meninjau kawasan di situ untuk mengesan kehadiran sarang atau anak burung itu, kata Encik How sebagai menjawab pertanyaan The Straits Times.

Burung itu akhirnya akan dimatikan secara belas kasihan.


Langkah sama telah diambil NParks dan Majlis Perbandaran Bishan-Toa Payoh berhampiran Blok 110 Bishan Street 12 pada Februari.


Ini selepas penduduk dan orang ramai yang lalu lalang di situ telah melaporkan beberapa serangan burung gagak di sepanjang laluan pejalan kaki di Bishan Road.


Encik How menyatakan burung gagak adalah spesies invasif yang bukan berasal dari Singapura.


“Mereka mahu melindungi anak mereka, dan ini mungkin menyebabka mereka menyerang apabila anak mereka berada di dalam sarang atau apabila mereka merasakan anak mereka terancam,” katanya.


Untuk memastikan kawalan bilangan burung gagak dijalankan dengan cara berperikemanusiaan dan selamat, NParks menggunakan kaedah perangkap berasaskan sains dan diterima di peringkat antarabangsa, dengan euthanasia seterusnya dilakukan, kata Encik How.


NParks melakukan tinjauan terhadap sarang burung gagak di seluruh estet setiap bulan dan bekerjasama dengan majlis bandaran untuk menghilangkan sarang itu secara tetap untuk meminimumkan kejadian serangan burung gagak.


“Orang ramai boleh membantu mengurangkan pertumbuhan bilangan dan isu pengumpulan burung gagak itu dengan tidak memberi makan kepada mereka dan membuang sisa makanan dengan betul,” tambah Encik How.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >