Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NParks siasat kes burung tiung digantung dari tempat jemur pakaian di flat Yishun

Dec 12, 2019 | 03:07 PM



SEORANG penduduk yang hendak 'menghukum' seekor burung tiung kerana memasuki dapur rumahnya telah menggantung burung tersebut dari tempat jemur pakaian flatnya.



Persatuan berkaitan Penyelidikan dan Pendidikan Haiwan (Acres) dalam satu pos di Facebook berkata mereka menerima panggilan tentang burung tiung itu.



Dalam video yang dikongsi, burung itu kelihatan tergantung dari tali dari tempat jemur pakaian di luar sebuah flat di Yishun.



"Pegawai penyelamat kami terkejut mendapat tahu daripada penduduk unit tersebut bahawa burung tiung itu sengaja digantung untuk menghukumnya (dan burung tiung lain), agar mereka diberi 'pengajaran' untuk tidak memasuki dapurnya," kata Acres.



Acres memeriksa sama ada terdapat luka pada burung itu, sebelum memberinya air dan makanan dan melepaskannya, lapor The Straits Times.



Pegawai tersebut kemudian memberitahu penduduk itu bahawa perbuatannya merupakan kezaliman pada haiwan dan menasihatinya perkara lain yang boleh dilakukan untuk menghalang burung dari memasuki dapurnya.



Kezaliman terhadap haiwan merupakan kesalahan di sisi undang-undang.



Lembaga Taman Negara (NParks) sedang menyiasat kes tersebut, kata Acres.



Video yang dikongsi di media sosial menerima komen marah daripada orang ramai.



Seorang pengguna Facebook, Cik Sabrina Love, menulis:



"Meskipun saya tak suka burung tiung kerana mereka masuk rumah kami dan makan, (perkara itu) zalim dilakukan ke atas seekor burung. Ada banyak lagi cara untuk memastikan burung tak masuk (ke dalam flat) dan makan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >