Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NParks siasat lelaki beri makan kepada burung kenyalang di pusat makanan

Dec 05, 2020 | 05:30 AM



LEMBAGA Taman Negara (NParks) sedang menyiasat selepas seorang lelaki dilihat memberi pisang kepada sepasang burung kenyalang (hornbill) di Loyang Way Food Village.



Seorang anggota awam merakamkan perbuatan itu menerusi video, yang turut menunjukkan burung-burung itu makan sisa makanan yang diletakkan di atas meja.



Di bawah Akta Hidupan Liar, pesalah pertama kali yang didapati bersalah memberi makanan kepada haiwan liar boleh didenda sehingga $5,000 dan pesalah berulang boleh didenda sehingga $10,000, kata NParks semalam.



Video itu, yang dikongsi menerusi media sosial, menunjukkan pelanggan di pusat jaja makanan itu memerhati burung-burung tersebut mengambil sisa makanan di atas meja.



Sejurus kemudian, seorang lelaki dalam kemeja-T biru memberikan pisang kepada burung tersebut.



Burung kenyalang yang lebih besar dilihat memberi pisang itu kepada burung kenyalang lebih kecil.



Beberapa pencinta alam telah mengecam perbuatan lelaki itu di media sosial.



"NParks telah berusaha gigih untuk memulih bilangan kenyalang di Singapura.



"Saya amat prihatin kenyalang itu menjadi lebih berani dan mengganggu orang seperti monyet dan merpati kerana manusia sengaja memberi mereka makanan atau membiarkan sisa makanan di meja," kata pesara Choo Jor Kan, 64 tahun, yang berkongsi video itu di Facebook Persatuan Alam Sekitar Singapura.



Akhbar bahasa Cina Lianhe Wanbao, pada awal minggu ini mengenal pasti lelaki yang memberi makanan kepada burung itu sebagai Encik Tan.



Encik Tan telah memberitahu akhbar itu beliau tidak sedar memberi makan kepada burung-burung itu akan menjadikannya tabiat harian bagi haiwan tersebut.



"Seorang pelanggan memberitahu saya burung-burung jenis ini akan beredar jika diberi makanan," kata Encik Tan, 48 tahun, yang bekerja sebagai pencuci pinggan di tempat itu.



Encik Tan telah memberi makanan kepada burung itu selama sekitar enam bulan.



Burung-burung itu akan muncul setiap hari antara 11 pagi dengan 4 petang.



Menjawab soalan The Straits Times, NParks berkata ia menganggap serius perbuatan memberi makan kepada haiwan liar - antara sebab utama haiwan liar menghampiri manusia.



Pengarah urusan haiwan liar di NParks Encik How Choon Beng berkata memberi makan kepada haiwan liar, meskipun secara tidak sengaja mengubah tabiat semula jadi haiwan tersebut dan boleh menjadikan mereka lebih bergantung pada manusia bagi sumber makanan.



Ini boleh mendorong haiwan tersebut masuk ke kawasan bandar dan membahayakan pengguna jalan raya, selain menyebabkan bilangan haiwan liar itu meningkat kerana mempunyai sumber makanan bukan secara semula jadi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >