Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:31
Maghrib
7:16
Isyak
8:27

NSF maut dalam nahas semasa latihan di Australia

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

NSF maut dalam nahas semasa latihan di Australia

Sep 16, 2017 | 06:03 PM

SEORANG anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) maut selepas terlibat dalam satu nahas di Kawasan Latihan Shoalwater Bay di Queensland, Australia, pada sekitar 6.15 petang (waktu Singapura) semalam.

Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam satu kenyataannya hari ini berkata Sarjan Ketiga (3SG) Chan Hiang Cheng Gavin, 21 tahun, merupakan komander kenderaan bagi Kenderaan Penggempur Infantri Bionix yang sedang mengambil bahagian dalam satu latihan tentera.

Menurut Mindef, beliau sedang memberi arahan untuk kenderaan itu keluar dari laluan yang tidak rata apabila kenderaan itu terbalik ke tepi.

3SG Chan ditemui dalam keadaan tidak sedar diri di sebelah kenderaan tersebut.

Mindef telah mengaturkan untuk keluarga 3SG Chan pergi ke Australia. Mereka tiba di sana pagi tadi, dengan diiringi pegawai perhubungan keluarga SAF.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3