Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NTUC FairPrice buat laporan tentang Facebook palsu konon ia tawarkan baucar hadiah sehingga $ 1,000

Mar 18, 2018 | 04:00 PM



RANGKAIAN pasar raya NTUC FairPrice telah memfailkan laporan kepada agensi keselamatan siber Singapura SingCert mengenai laman Facebook yang mendakwa menawarkan baucar hadiah pelanggan sehingga $ 1,000.



Jurucakap FairPrice berkata pada Sabtu (17 Mac) bahawa ia juga meminta Facebook  menurunkan laman palsu, yang menyebut dirinya NTUC FairPrice - Singapore.



Beberapa pos daripada laman tersebut mendakwa FairPrice menawarkan pelanggan hadiah dan baucar sebagai sebahagian daripada perayaan Tahun Baru Cina atau ulang tahunnya yang ke-45. Pengguna Facebook diberitahu mengklik pautan untuk mendapatkan maklumat lanjut.



Pos kelihatan telah diturunkan ketika The Straits Times melungsur laman pada pagi Ahad, walaupun laman itu masih boleh diakses.



Sebagai menjawab pertanyaan, FairPrice berkata ia menyedari "insiden laman Facebook yang menyamar sebagai laman Facebook NTUC FairPrice rasmi kami".



"Laman-laman ini mendakwa memberi ganjaran kepada pelanggan dengan Baucar Hadiah FairPrice sebagai sebahagian daripada pelbagai promosi," kata seorang jurucakap.



Pemeriksaan oleh The Straits Times mendapati lain-lain laman palsu serupa di Facebook termasuk NTUC-FairPrice Vouchers, NTUC FairPrice - Vouchers dan NTUC FairPrice -Gifts.



FairPrice menasihat pelanggan supaya hanya mempercayai maklumat yang dikongsi di halaman Facebook rasminya www.facebook.com/thatsmyfairprice atau laman  www.fairprice.com.sg



Malah, rangkaian pasaraya itu menyertakan senarai penipuan terkini melibatkan mereka dalam nota di laman Facebooknya bertajuk 'Scam Alert'.



Dalam nasihat terkininya pada 27 Feb, FairPrice memberi amaran kepada pelanggan mengenai e-mel palsu yang menawarkan peluang memenangi kad hadiah $ 1,000.



FairPrice berkata bahawa pembeli yang ragu terhadap sebarang promosi atau berita yang mereka terima mengenai rangkaian pasar raya itu boleh menghubungi perkhidmatan pelanggan hotline di 6552-2722 pada waktu pejabat, e-mel general.feedback@fairprice.com.sg atau hantar mesej peribadi melalui laman rasmi Facebook.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >