Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NTUC FairPrice Bukit Batok kunci susu formula bayi, bagi halang pencuri

Jan 19, 2023 | 06:35 PM



SEBUAH cawangan NTUC FairPrice di Bukit Batok telah mula mengunci susu tepung sebagai sebahagian daripada langkah mencegah kecurian.


Cawangan rangkaian pasar raya setempat di MRT Bukit Batok itu melancarkan inisiatif tersebut dua minggu lalu sebagai percubaan menghalang perompak, kerana ini adalah barang yang lazimnya dicuri, kata jurucakap FairPrice.


“Inisiatif ini melengkapkan pelbagai langkah keselamatan lain yang kami ada, termasuk kamera litar tertutup dan pegawai keselamatan berpakaian biasa, untuk menghalang tindakan jenayah mencuri,” kata jurucakap itu, sambil menambah bahawa rangkaian pasar raya itu akan terus menilai sama ada untuk meneruskan langkah tersebut. 


Menurut laporan The Straits Times, susu tepung yang dijual di FairPrice tersebut diletakkan di rak-rak yang dikepung oleh skrin plastik yang dikunci.


Pelanggan yang mahu membeli susu tepung itu perlu meminta bantuan kakitangan cawangan di situ untuk membuka kunci skrin.


Susu tepung bayi boleh berharga serendah $22.60 bagi satu tin 900 gram Abbott Grow Toddler Growing Up Milk atau setinggi $113.35 bagi tin 1.8 kilogram Similac Follow On Milk Formula – Step 2, menurut kedai dalam talian FairPrice.


Pada 2020, seorang lelaki dan seorang wanita masing-masing berusia 30 dan 39 tahun ditahan kerana mencuri susu tepung di pasar raya sebanyak lima kali, dan didakwa di mahkamah.


Pada 2014, satu lagi pasangan dipenjara kerana mencuri susu tepung untuk dijual semula bagi meraih keuntungan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >