Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan

NTUC gandakan sasaran jumlah panel latihan bagi transformasi pekerja, syarikat

Hong Tat: Pemerintah sedia geran $70j untuk laksana pelan transformasi
Mar 02, 2022 | 05:30 AM



BAGI memastikan prestasi pekerja dapat dipertingkat dengan kemahiran sepadan dengan keperluan industri, Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) menggandakan sasaran jumlah Jawatankuasa Latihan Syarikat (CTC) yang akan dibentuk kepada 2,500 menjelang 2025, daripada 1,000 menjelang akhir tahun ini.



Ini dinyatakan Menteri Negara Kanan (Perdagangan dan Perusahaan merangkap Pendidikan), Encik Chee Hong Tat, di Parlimen semalam.



CTC bertujuan mengenal pasti latihan dan kemahiran yang diperlukan bagi industri atau sektor tertentu serta mempertingkat produktiviti.



Encik Chee, yang juga juga Timbalan Setiausaha Agung NTUC, berkata CTC wadah kerjasama kukuh bagi mendorong transformasi perusahaan dan tenaga kerja kerana ia menyediakan pelbagai khidmat untuk membantu pekerja mempertingkat kemahiran dan membantu syarikat membuat peralihan secara aktif.



Syarikat juga boleh memanfaatkan geran $70 juta daripada pemerintah untuk melaksana pelan transformasi mereka, ujar beliau.



"Berdasarkan keperluan mereka, NTUC boleh membantu syarikat CTC mereka semula pekerjaan dan menguatkuasakan langkah untuk mempertingkat produktiviti, menambah baik keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, mendorong kesejahteraan fizikal dan mental pekerja yang lebih baik, selain menyediakan latihan bagi pekerja sedia ada atau baru serta memadankan mereka yang mencari kerja dengan syarikat yang sedang memperluas tenaga kerja," kata Encik Chee.



Dalam pada itu, pergerakan buruh mengemukakan saranan agar akademi tripartit ditubuhkan dalam sektor seperti pengeluaran lanjutan, runcit, logistik, keselamatan, kesihatan dan maritim.



Akademi tersebut akan digunakan sebagai wadah kerjasama antara kesatuan sekerja, majikan dan pemerintah untuk mengenal pasti keperluan kemahiran di tahap sektor, kata Encik Chee, sambil menambah bahawa pekerja boleh melalui latihan relevan yang mempersiapkan mereka bagi pekerjaan yang ditawarkan majikan.



Kerjasama tripartit itu akan membantu mencapai penyelarasan lebih baik, meningkatkan kadar penempatan pekerjaan serta mengurangkan masa dan usaha yang diperlukan majikan dan mereka yang mencari kerja, kata Encik Chee.



"Kededua wadah (CTC dan akademi tripartit) akan menyokong objektif nasional untuk mengubah ekonomi Singapura dengan mewujudkan perusahaan serta keupayaan tenaga kerja lebih kukuh.



"Ini kemudiannya akan mewujudkan pekerjaan dan gaji lebih baik untuk pekerja," ujarnya.



Beliau juga berkata NTUC akan berusaha untuk menjaga periuk nasi pekerja dan memperjuangkan amalan lebih adil bagi pekerja tempatan.



"Namun, untuk memastikan pekerja mempunyai pekerjaan dan kehidupan lebih baik, kita juga perlu menjaga 'ladang padi' kita, dan memastikan ia terus produktif dan berhasil setiap tahun," katanya.



Justeru, Encik Chee berkata NTUC sekarang bekerjasama rapat dengan majikan dan pemerintah untuk mengembangkan ekonomi Singapura, menarik lebih banyak pelaburan dan membangunkan bakat tempatan serta mewujudkan teras Singapura kukuh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >