Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NTUC lancar Pasukan Bertindak lebih fahami aspirasi, keperluan belia

Jul 24, 2022 | 05:30 AM



SATU pasukan bertindak untuk lebih memahami aspirasi bekerja-kehidupan golongan belia telah dilancarkan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) semalam.



Pasukan bertindak itu, yang akan memberi sokongan kepada belia yang baru ingin melangkah ke dunia pekerjaan, akan mendekati anak muda yang berusia 18 hingga 25 tahun untuk lebih mengetahui tentang aspirasi mereka, terutama dalam bidang kerjaya, kewangan dan kesejahteraan mental.



Pasukan bertindak itu akan dipengerusikan penolong setiausaha agung NTUC, Encik Desmond Choo, dan dipimpin oleh Setiausaha Eksekutif Muda NTUC, Cik Wendy Tan.



Pasukan Petugas Belia ingin mendekati 10,000 anak muda untuk lebih memahami kehidupan, aspirasi, terutama dalam bidang kerjaya, kewangan dan kesejahteraan mental, dan cara lebih baik memenuhi keperluan mereka dan menyokong mereka dalam kerjaya mereka.



Berdasarkan siri tinjauan dan perbincangan kumpulan fokus yang dijalankan pada tahun 2022, pelbagai pandangan dikumpul daripada 2,039 belia berumur antara 18 dengan 35 tahun.



Merentasi pelbagai penemuan tinjauan, didapati lebih satu daripada lima belia menghadapi cabaran dalam peluang kerjaya dan ingin sokongan dalam bimbingan kerjaya dan perancangan kerjaya.



Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, yang merasmikan pasukan bertindak itu di Suntec City Convention Centre tengah hari semalam, berkata:



"Baru-baru ini, saya menjelaskan bahawa Singapura berada di persimpangan jalan kerana pertama, kita kini masih bangkit daripada wabak.



"Kita sudah belajar hidup dengan virus; dan perlu mengharungi ketidakpastian yang lebih besar. Ketidakpastian di dunia dengan perang Ukraine, serta ekonomi yang tidak menentu."



"Itulah sebabnya pada masa ini, sangat mendesak untuk kita bersatu, periksa semula dan segarkan semula kompak sosial kita, dan carta hala tuju Singapura, untuk semua warga Singapura, bagi perjalanan seterusnya.



"Ini adalah sebahagian besar agenda pasukan saya, dan saya gembira bahawa NTUC menyokong sepenuhnya."



Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Ng Chee Meng, dalam ucapan pembukaannya, pula berkata:



"Di luar Institut pengajian tinggi, kami juga akan mendekati belia Singapura yang mengejar trek bukan tradisional seperti sukan, seni dan keusahawanan. Kami juga akan menghubungi mereka yang menghadapi kesukaran pada permulaan hidup mereka dan memerlukan peluang kedua."



Lebih 250 pengunjung menghadiri acara LIT DISCOvery semalam dan Pasukan Bertindak berharap dapat mendekati lebih banyak belia melalui aktiviti-aktiviti Hab Belia (Youth Hub) yang akan bergerak ke sekolah-sekolah, institut pengajian tinggi dan ruang belia lain.



Di Hab Belia, mereka boleh mengambil ujian profil kerja, pelajari tip berjaya dalam latihan amali atau pekerjaan baru sambil berkongsi masalah atau aspirasi mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >