Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NTUC libat institut pengajian tinggi, ITE dalam Pasukan Bertindak Belia

Aug 03, 2022 | 05:30 AM



KONGRES Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) akan bekerjasama dengan Institut Pengajian Tinggi (IHL), termasuk Institut Pendidikan Teknikal (ITE), untuk menyokong belia dalam memahami aspirasi kerjaya mereka.



Ini bagi membolehkan kesatuan sekerja itu memberi sokongan kepada mereka dalam peralihan mereka untuk memasuki pasaran buruh.



Pasukan Bertindak Belia NTUC akan ke IHL untuk mengadakan perbincangan kumpulan fokus serta mengadakan beberapa sesi dialog.



Perbincangan kumpulan fokus yang pertama diadakan di ITE Kolej Barat semalam, yang dihadiri lebih daripada 600 pelajar.



Semasa lawatannya ke ITE Kolej Barat, Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng berkata:



"Golongan belia mungkin prihatin tentang latihan amali yang harus mereka lakukan; bagaimana mereka boleh memulakan kerjaya mereka dan industri apa yang patut mereka ceburi.



"NTUC akan menyediakan sumber kerjaya yang relevan kepada belia kita."



Semalam, seramai 50 pelajar telah menyertai perbincangan kumpulan fokus itu.



Semasa sesi itu, pelajar berpeluang untuk mengongsi pandangan dan persepsi mereka tentang aspek seperti makna kejayaan, kebimbangan untuk mula bekerja dan apa yang mereka ingin lihat dalam persekitaran tempat bekerja.



Sesi dialog tertutup turut diadakan bersama seramai 500 pelajar. Ia disertai dengan perkongsian ahli jawatankuasa eksekutif Institut Jurutera Singapura, Encik Syafiq Sahul dan pegawai perhubungan Industri kanan NTUC, Encik Mahendran S/O Anbalagan mengenai bidang dalam latihan amali dan pementoran kerjaya.



Sementara itu, sebuah Hab Belia turut disediakan di ITE Kolej Barat semalam.



Di Hab Belia, pelajar boleh mengambil ujian profil kerja, pelajari tip berjaya dalam latihan amali atau pekerjaan baru sambil berkongsi masalah atau aspirasi mereka.



Hab Belia ini dikatakan akan bergerak ke sekolah-sekolah, institut pengajian tinggi dan ruang belia lain dalam masa akan datang.



Pasukan Bertindak Belia merancang untuk mendekati 10,000 anak muda melalui usaha ini.



Dalam usaha untuk menjangkau lebih ramai golongan belia, Setiausaha Eksekutif Muda NTUC, Cik Wendy Tan, berkata pasukannya juga akan bekerja sama dengan badan-badan belia lain seperti Kebangsaan Majlis Belia (NYC), Reach serta akar umbi.



"Setelah pendekatan selama setahun ini, kami berharap dapat mempelajari informasi daripada pendekatan para belia serta mungkin mengetengahkan beberapa saranan yang kami boleh memaklumkan kepada pihak berkepentingan.



"Ini termasuk penggubal dasar dan IHL supaya kami dapat membantu pelajar-pelajar ini pada tahap yang lebih awal," kata Cik Wendy.



Seorang pelajar Higher Nitec dalam bidang Sistem dan Rangkaian Teknologi Maklumat (IT), Pierre Yves Perera-Foo, berkata kegiatan yang disediakan itu membuatnya untuk berfikir lebih mendalam mengenai masa hadapannya.



"Keprihatinan terbesar saya adalah kestabilan kewangan.



"Saya rasa kegiatan ini membolehkan kami menerima bimbingan pada tahap yang lebih awal supaya kita dapat merancang dengan lebih awal mengenai kerjaya kami," kata beliau yang berusia 17 tahun dan berniat untuk menceburi bidang kumpulan seragam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >