Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NTUC sedia sokongan lebih luas bagi belia bakal ceburi alam kerja

Jul 13, 2023 | 06:01 PM



Belia bakal mempunyai akses lebih luas kepada bimbingan kerjaya dengan terbentuknya hab pementoran baru Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) yang diberi nama mentorSHIP.

Ini di samping usaha NTUC menambah bilangan mentor kerjaya kepada seramai 1,200 jelang 2025.

Buat masa ini, terdapat sekitar 400 mentor kerjaya sukarela merentas sektor.

Selain itu, NTUC juga akan menyediakan lebih banyak latihan bagi Penyokong Rakan Sebaya Kesejahteraan Mental di tempat kerja.

Usaha-usaha itu merupakan antara daya usaha utama yang diperkenal untuk menyokong belia sedang mereka melangkah ke alam pekerjaan setelah tamat sekolah.

Mengumumkan demikian pada Rabu, NTUC berkata saranan-saranan tersebut dilakar daripada hasil penemuan dan maklum balas yang diterima Kumpulan Kerja Belia NTUC sepanjang usaha pendekatannya dengan belia.

Selama setahun sejak Julai 2022, kumpulan kerja tersebut telah mendekati 10,568 belia berusia antara 17 dengan 25 tahun untuk memahami keinginan serta kebimbangan mereka berkaitan kerjaya.

Menurut kumpulan kerja itu, belia hari ini, terutama mereka yang baru hendak memulakan kerjaya, tidak mempunyai banyak sumber untuk mendapatkan bimbingan kerjaya.

Malah, bimbingan kerjaya sering muncul sebagai antara tiga sumber utama yang belia rasa adalah berguna sedang mereka beralih dari sekolah ke tempat kerja, serta apabila mereka mendaki tangga kerjaya kelak.

NTUC berkongsi bahawa selain menambah bilangan mentor yang ada, ia juga mahu memastikan para mentor ini datang dari sektor yang lebih pelbagai, serta menyediakan latihan yang mereka perlukan untuk menjadi mentor.

Kumpulan kerja tersebut juga mendapati belia inginkan latihan amali atau ‘internship’ yang lebih bermakna, namun sebilangan daripada mereka pernah melalui pengalaman latihan amali yang kurang memuaskan disebabkan ketidakpadanan peranan atau komunikasi yang kurang baik daripada pihak penyelia.

Oleh itu, NTUC akan menyediakan peluang percubaan kerja jangka pendek melalui projek perintis NTUC Career Starter Lab.

Sejak pengumuman projek tersebut pada Mei lalu, lebih 100 syarikat telah menyatakan minat mereka dengan menyediakan lebih 160 peranan dan lebih 900 jawatan kosong.

Para belia yang berminat boleh memohon bagi jawatan kosong itu melalui portal Career Starter Lab mulai 1 September 2023.

Menyentuh hal tersebut, Penolong Setiausaha Agung NTUC yang juga Pengerusi Kumpulan Kerja Belia NTUC dan Penasihat kepada NTUC Muda, Encik Desmond Choo, berkata:

“Bersama-sama rakan kongsi IHL (institut pengajian tinggi) kami, kami rasa kami boleh membuat perubahan yang bermakna dengan menetapkan piawaian bagi kerja bermutu dan memastikan pengalaman latihan amali yang baik.

“Ini agar syarikat tahu bahawa jika mereka ingin mendapatkan orang yang baik, sebagai strategi pengurusan bakat, mereka perlu melabur dalam perkara ini dan bekerja dengan NTUC untuk mengembangkan ini sebagai sebahagian daripada strategi syarikat mereka.”

Dalam pada itu, NTUC juga merancang melatih 2,500 Penyokong Rakan Sebaya Kesejahteraan Mental merentas sektor jelang 2025 agar lebih ramai belia mempunyai akses lebih baik kepada sokongan sedemikian.

Sebagai sebahagian saranan utama Kumpulan Kerja Belia itu juga, NTUC Muda mahu meluaskan rangkaian penyokong rakan sebaya yang bertauliah di tempat kerja yang boleh memupuk persekitaran yang selamat dari segi psikologi bagi rakan sekerja yang memerlukan dan menggalakkan budaya yang tidak meremehkan isu kesihatan mental di tempat kerja.

Laporan lanjut di Muka 6




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >