Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NTUC senarai peluang kerja sedia ada, dan yang bakal ada

Oct 29, 2016 | 05:30 AM



KONGRES Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) akan memperkenal satu pangkalan data yang menyenaraikan bukan hanya peluang pekerjaan hari ini, malah peluang pekerjaan masa depan.



Ini didedahkan Setiausaha Agung NTUC, Encik Chan Chun Sing, dalam satu wawancara eksklusif dengan Berita Harian (BH) baru-baru ini.



Menurut Encik Chan, yang juga Menteri di Pejabat Perdana Menteri, senarai itu akan dihasilkan menerusi data yang diperolehi daripada agensi pemerintah seperti Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) dan Spring Singapore.



Menyifatkan inisiatif itu sebagai "kembali kepada apa yang dilakukan Singapura sebelum ini pada 1960-an", Encik Chan menerangkan usaha yang sedia ada sekarang tertumpu kepada peluang pekerjaan yang tersedia hari ini.



"Kita perlu lakukan selangkah lagi, iaitu melihat apakah peluang pekerjaan masa depan dan kemudian mempersiap pekerja kita," kata beliau.



Dalam pada itu, menyentuh keprihatinan beliau mengenai pekerja Melayu, Encik Chan berkata melalui trend pekerjaan beliau bimbang adakah pekerja Melayu, terutama pekerja muda, berfikir panjang apabila memilih laluan pekerjaan.



Menurutnya, terdapat semacam keengganan pekerja Melayu menyertai sektor tertentu yang menjanjikan masa depan yang lebih terjamin.



"Sebaliknya, ramai yang memilih kerjaya yang menarik hari ini tanpa memikirkan bahawa pekerjaan ini berpotensi besar akan luput di masa depan.



"Contohnya, kita mempunyai ramai pekerja Melayu sebagai kakitangan penghantaran. Apabila saya bertemu mereka dan menyarankan menyertai sektor seperti pengendali kren, bidang pengurusan rangkaian bekalan, malah teknisyen lif - bidang yang sedang memerlukan banyak pekerja dan akan terus memerlukan tenaga kerja - mereka kurang berminat," ujar beliau.



Encik Chan menegaskan, pekerjaan dalam bidang penghantaran adalah satu pekerjaan yang baik dan tidak "salah memilih kerjaya dalam bidang tersebut".



"Tapi pekerjaan yang memerlukan orang tengah seperti ini lambat-laun akan luput... justeru saya lebih suka kalau pekerja kita memilih kerjaya dalam bidang yang lebih berdaya tahan, dan memberi peluang bagi pekerjanya mempertingkat diri, melakukan kerja yang lebih tinggi dalam rangkaian nilai," tambahnya.



'Siapkan diri bagi pekerjaan hari esok agar dapat terus maju'



Muka 4




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >