Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

EKONOMI & KERJA

Nur Fayidha tawar konsep gerai makanan 'tradisional'

Mar 22, 2020 | 05:30 AM



MENAWARKAN ruang beriadah dan santai bersama teman atau keluarga.



Ini antara tumpuan utama restoran makanan India/Muslim Nur Fayidha yang terletak di Kim Keat Road dan Penang Street.



Restoran tersebut menerima ramai pelanggan kerana masih menawarkan konsep gerai makanan 'tradisional'.



Encik Nisar Pochinni, 44 tahun, pengasas kededua restoran itu berkata walaupun kos sewanya tinggi, ia tetap maju kerana menawarkan tempat berehat, memberi layanan baik kepada pelanggan.



Peniaga yang mempunyai 15 tahun pengalaman itu berkata:



"Kedai makanan India/Muslim dikenali penduduk setempat sebagai ruang beriadah, untuk rehat atau bersembang bersama teman hingga lewat malam."



Pada awalnya, beliau bertugas di Restoran Mahmoodiya yang dimiliki ayah iparnya di Simpang Bedok sejak 2005 selama dua tahun.



"Seandainya kami mengubah menu pun, roti perata dan teh tarik tetap menjadi pilihan utama bagi kesemua pelanggan saya.



"Dari segi harga pula, sekiranya kami menaikkan harga, ramai pelanggan akan lari kerana hidangan popular serupa itu boleh didapati di tempat lain dengan harga lebih murah."



Oleh itu harga makanan India/Muslim di serata Singapura agak sama, menurut Encik Nisar.



"Dari situ saya sedar bahawa restoran India/Muslim tidak perlu mempunyai kemudahan yang canggih, hanya tetap menawarkan pengalaman yang autentik umpama gerai makanan India tradisional."



Menurutnya, ia mengekalkan suasana dan sekitaran restoran India/Muslim yang 'klasik' di mana pelanggan harus memberitahu pesanan mereka jika ingin membuat pembayaran di kaunter.



Ia juga merupakan satu pengalaman unik bagi pelancong yang melawati restoran beliau di Penang Street.



Namun, tahun demi tahun, cabaran mengendali dua restoran itu juga kian bertambah dan antaranya kos sewa yang semakin menjulang.



"Misalnya di Kim Keat Road, harga sewa pada 2005 adalah $6,000 sebulan, sekarang telah melonjak hingga $18,000," ujar Encik Nisar.



Oleh itu, beliau yang juga bekas pensyarah mata pelajaran gelagat organisasi di Kerala, India, memberitahu bahawa untuk memastikan perniagaan berjalan lancar, pemilik restoran itu harus mempunyai hubungan baik dengan pembekal, pemilik premis dan pelanggan.



"Melihat keadaan perniagaan, kadangkala saya berunding dengan pembekal gas dan pemilik premis supaya mereka membantu saya pada tempoh apabila perniagaan kurang baik.



"Untuk mendapatkan lebih pesanan, saya juga bekerjasama dengan Foodpanda dan Grabfood sejak tahun lalu dan perniagaan dalam talian memang amat bagus."



Encik Nisar menjelaskan bahawa 10 hingga 15 orang dalam sekitar 1,000 pelanggan merupakan pelanggan dalam talian.



"Selain strategi perniagaan, kita sebagai pemilik restoran harus bertanggungjawab dari segi kemasyarakatan.



"Sedang saya bertugas di restoran saya akan mengambil masa untuk mengenali pelanggan. Pekerja saya turut digalakkan melakukan demikian."



Jelas beliau, restorannya di Kim Keat Road turut menyediakan menu khas bagi pelajar dari India yang melanjutkan pelajaran mereka di beberapa universiti privet di kawasan itu.



Encik Nisar juga bergiat dengan menawarkan beberapa penjualan amal bagi pihak masjid.



"Restoran itu adalah tempat yang memberi rezeki kepada orang lain.



"Saya lihat itu sebagai satu tanggungjawab dan saya tetap berpegang pada prinsip pentingnya berkhidmat kepada pelanggan dan saling bersahabat dengan mereka agar mereka senang datang ke restoran kami."




Sedang saya bertugas di restoran saya akan mengambil masa untuk mengenali pelanggan. Pekerja saya turut digalakkan melakukan demikian... Restoran itu adalah tempat yang memberi rezeki kepada orang lain. Saya lihat itu sebagai satu tanggungjawab dan saya tetap berpegang pada prinsip pentingnya berkhidmat kepada pelanggan dan saling bersahabat dengan mereka agar mereka senang datang ke restoran kami.
- Encik Nisar Pochinni, pengasas kededua restoran Fayidha yang terletak di Kim Keat Road dan Penang Street.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >