UNIVERSITI Nasional Singapura (NUS) telah mengambil tindakan terhadap 30 pelajar kanan atas penglibatan mereka dalam kegiatan orientasi kurang sopan pada Julai lalu.
Dalam satu kenyataan yang dihantar kepada pelajar petang semalam dan diperolehi akhbar The Straits Times, Profesor Tan Eng Chye, yang merupakan timbalan presiden NUS (hal ehwal akademik) dan provos, menjelaskan pelbagai tindakan hukuman yang dikenakan.