Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NUS bentuk jawatankuasa semakan selepas pelajar tuntut tindakan lebih tegas

Apr 21, 2019 | 01:55 PM



UNIVERSITI Nasional Singapura (NUS) akan membentuk jawatankuasa untuk menyemak rangka kerja disiplin dan sokongan selepas seorang mahasiswa mendakwa ia tidak bertindak dengan wajar untuk menghukum seorang pelajar yang telah merakamnya semasa sedang mandi. 



Jawatankuasa tersebut, yang juga akan dianggotai Lembaga Pemegang Amanah NUS, akan mengkaji pendekatan yang diambil oleh institusi antarabangsa lain dan mendapatkan pandangan dari pelbagai pihak berkepentingan, menurut dekan pelajar NUS, Profesor Madya Peter Pang dalam satu kenyataan semalam. 



Penemuan kajian tersebut dan tindakan susulan akan dikongsi dalam tahun akademik baru, katanya. 



Tahun akademik baru bermula Ogos ini. 



Ramai pengguna internet telah mengongsikan dan menulis komen di pos Cik Monica Baey, di mana beliau menulis tentang insiden beliau dirakam semasa sedang mandi di kediaman pelajar Eusoff Hall. 



Mahasiswa tahun ketiga kursus komunikasi dan media baru tahun ketiga itu mendedahkan nama lelaki tersebut dan butiran peribadinya. 



Dalam beberapa pos Instagram Story yang dimuatnaik Cik Baey Khamis dan Jumaat lalu, Cik Baey turut menggesa universiti itu untuk mengambil tindakan yang lebih tegas ke atas pelajar Kejuruteraan Kimia tersebut. 



“Saya ingin lihat akibatnya bagi mereka yang melakukan perkara seperti itu dan saya ingin tahu bahawa NUS akan mengenakan denda serius supaya orang lain yang ingin melakukan perkara yang sama tahu mereka akan menghadapi hukuman jika mereka teruskan,” katanya dalam Instagram Story Jumaat lalu. 



Pelajar berusia 23 tahun itu, yang kini menyertai program pertukaran di Taiwan, memberitahu akhbar The Straits Times bahawa insiden tersebut berlaku pada 25 November tahun lalu sekitar 1 pagi, semasa beliau menetap di dewan itu dengan temannya. 



Katanya, beliau terlihat iPhone yang diletakkan di bawah pintu selepas habis mandi. 



Lelaki tersebut melarikan diri setelah beliau menjerit, menurut Cik Baey. 



Seorang perempuan yang berada di luar bilik mandi itu memberitahu Cik Baey bahawa beliau telah melihat seorang lelaki yang telah melarikan diri dan turun tangga. 



Cik Baey telah memberitahu pegawai keselamatan kampus dan badan wakil pelajar di dewan tersebut tentang kejadian itu. 



Tambah Cik Baey, beliau mengenali lelaki tersebut yang merupakan teman lelaki salah seorang temannya yang juga menetap di dewan tersebut. 



Katanya, pelaku tersebut telah disuruh menulis surat meminta maaf dan disuruh menjalani kaunseling wajib. 



Beliau juga dilarang memasuki Eusoff Hall dan digantung dari sekolah untuk satu semester.



Dalam satu kenyataan semalam, Prof Pang berkata: “Kami meminta maaf atas pengalaman buruk yang dilalui Cik Monica Baey, ia juga merupakan keprihatinan kepada pihak universiti.” 



Beliau menambah universiti tersebut kini dalam proses memberikan Cik Baey sokongan dan bantuan. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >