Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NUS, NTU varsiti terbaik di Asia dalam ranking QS

Sistem pendidikan tinggi S'pura keempat terbaik di dunia lepas AS, Britain dan Switzerland
QS
Apr 07, 2022 | 05:30 AM



UNIVERSITI Nasional Singapura (NUS) dan Universiti Teknologi Nanyang (NTU) muncul sebagai universiti terbaik di Asia berdasarkan ranking global mengikut subjek.



Singapura mempunyai 23 kursus universiti - 16 daripada NUS dan tujuh daripada NTU - yang berjaya masuk ke dalam senarai 10 terbaik global Ranking Universiti Dunia Quacquarelli Symonds (QS) yang berpangkalan di Britain.



Ranking itu diumumkan semalam.



Senarai QS berdasarkan tinjauan ke atas 1,543 universiti, dengan 376 daripada jumlah tersebut merupakan universiti di Asia, dan mengambil kira perkara seperti reputasi akademik, pengiktirafan majikan, nisbah fakulti kepada pelajar serta petikan bagi setiap fakulti.



Singapura menduduki tempat lebih tinggi daripada Hong Kong, yang mempunyai tujuh kursus dalam senarai 10 teratas.



China mempunyai empat dan Jepun mempunyai tiga kursus.



Menurut rangking QS, Singapura mempunyai sistem pendidikan tinggi terbaik di Asia, berdasarkan bahagian program negara itu dalam senarai 10 teratas global.



Di peringkat global, Singapura mempunyai sistem pendidikan tinggi keempat terbaik di dunia, selepas Amerika Syarikat, Britain dan Switzerland.



NUS dan NTU menonjol dalam pendidikan dan penyelidikan kejuruteraan.



Ranking QS meletakkan program kejuruteraan petroleum NUS di tempat teratas - kedudukan yang turut dicapainya tahun lepas dalam kalangan 151 pesaing.



Lima program kejuruteraan lain di Singapura adalah antara 10 teratas global, termasuk kejuruteraan kimia, di mana NUS berada di kedudukan ketiga, dan NTU ketujuh.



Beberapa kursus ijazah membuat lonjakan ketara dalam rangking itu.



Kursus antropologi NUS melonjak daripada tempat ke-14 pada 2021 kepada tempat ke-10 tahun ini, manakala program linguistik di NUS melonjak daripada tempat ke-17 kepada tempat ke-10.



Universiti Pengurusan Singapura (SMU) mencapai kedudukan 100 teratas bagi pengajian undang-undang berbanding tahun lalu.



Sementara itu, SMU juga naik dua anak tangga untuk menduduki tempat ke-36 bagi pengajian perniagaan dan pengurusan.



"Peningkatan konsisten yang dibuat oleh institusi Singapura dalam senarai ranking kami ialah hasil pelaburan dan penyusunan strategi selama sedekad," kata Encik Ben Sowter, pengarah penyelidikan di QS.



"Mentelah pada 2010, pemerintah Singapura merasmikan Dana Universiti Singapura dengan tujuan mengelakkan pemotongan dana yang didorong oleh kemelesetan... yang telah membelenggu universiti di seluruh dunia," tambahnya.




"Peningkatan konsisten yang dibuat oleh institusi Singapura dalam senarai ranking kami ialah hasil pelaburan dan penyusunan strategi selama sedekad. Mentelah pada 2010, pemerintah Singapura merasmikan Dana Universiti Singapura dengan tujuan mengelakkan pemotongan dana yang didorong oleh kemelesetan... yang telah membelenggu universiti di seluruh dunia."
- Encik Ben Sowter, pengarah penyelidikan di QS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >