OCBC Group berkata semalam bahawa mereka merancang untuk mengambil lebih daripada 3,000 orang di Singapura tahun ini, di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi dan pengambilan akibat pandemik Covid-19.
Kira-kira tujuh daripada sepuluh pekerjaaan yang ditawarkan ini merupakan peranan sepenuh masa di entiti kumpulan perbankan, seperti OCBC Bank, OCBC Securities, anak syarikat perbankan swasta Bank Singapura serta cabang insurannya Great Eastern.