Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Operasi CNB: 162 pesalah termasuk remaja perempuan 14 tahun ditangkap

Sep 25, 2020 | 05:44 PM



SERAMAI 162 individu yang disyaki pesalah dadah ditangkap Biro Narkotik Pusat (CNB) dalam satu operasi serata pulau antara 14 dengan 25 September 2020.



Dalam operasi dua minggu itu, sekitar 870 gram heroin, 586 gram ‘Ice’, 176 gram ketamin, 47 gram bahan psikoaktif baru (NPS), 322 pil Ecstasy, 203 pil Erimin-5 dan 13 botol GHB (gamma-hydroxybutyrate) yang bernilai sekitar $260,500 dirampas.



Seorang remaja perempuan warga Singapura berusia 14 tahun adalah yang paling muda ditangkap dalam operasi tersebut.



Mendedahkan demikian dalam kenyataannya pada Jumaat (25 September), CNB menjelaskan operasi dijalankan meliputi kejiranan Jurong West, Bukit Panjang, Paya Lebar, Balestier dan Tampines.



Dalam salah satu kes, dua warga Singapura ditangkap di Eng Hoon Street pada 14 September lalu.



Salah seorangnya merupakan lelaki berusia 38 tahun yang disyaki terlibat dalam kegiatan mengedar dadah di Eng Hoon Street.



Sebanyak 10 pil Ecstasy dan bungkusan mengandungi 3 gram bahan serbuk yang dipercayai campuran ‘Ice’ dan Ecstasy ditemui.



Pegawai CNB kemudian membawa lelaki itu ke tempat persembunyiannya di mana seorang wanita 30 tahun pula ditangkap.



Dalam serbuan di unit itu, 55 bungkusan mengandungi 322 gram ‘Ice’, 51 bungkusan mengandungi 148 gram ketamin, 31 bungkusan mengandungi 185 pil Ecstasy turut dirampas.



Wang tunai $20,000 dan beberapa alatan dadah juga ditemui di unit tersebut.



Dalam satu lagi kes, CNB mendedahkan, lima warga Singapura ditangkap di kawasan Beach Road pada 24 September lalu.



Dua bilik hotel diserbu dengan lima warga Singapura, terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita antara usia 34 dengan 56 tahun ditangkap.



Sebanyak 122 bungkusan yang mengandungi 858 gram heroin, 71 bungkusan berisi 133 gram ‘Ice’, 104 pil Ecstasy dan satu pil Erimin-5 turut ditemui di kedua-dua bilik hotel itu.



Pisau ‘Karambit’ juga dirampas daripada salah satu bilik dengan beberapa alatan dadah.



Apabila CNB menyerbu bilik itu, seorang lelaki 35 tahun yang dipercayai mengedar dadah ditemui bersama anak lelakinya yang berusia 12 tahun. 



Wanita 36 tahun yang merupakan ibu kanak-kanak itu turut ditangkap kerana disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah.



Urusan menjaga kanak-kanak itu bagi memastikan kebajikannya terjamin sudah pun diusahakan. Dia kini dalam jagaan keluarga terdekat.



Siasatan kini sedang dijalankan ke atas semua yang ditangkap.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >