RANCANGAN penerbangan beberapa penumpang di Lapangan Terbang Changi terganggu awal pagi semalam selepas satu bunyi amaran kecemasan kebakaran diaktifkan di menara kawalan menyebabkan ia terpaksa dikosongkan.
Menurut kenyataan Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS), operasi penerbangan di Lapangan Terbang Changi telah terganggu pada 12.10 pagi semalam, disebabkan Menara Kawalan Changi dikosongkan.