Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Operasi ujian Covid-19 akan dijalankan di sekitar Hougang Ave 8 lepas kemungkinan penularan dikesan

Jun 04, 2021 | 12:08 AM




PENGHUNI dan pengunjung Blok 506 Hougang Avenue 8, serta kakitangan kedai-kedai di blok berdekatan, dikehendaki menjalani ujian swab reaksi rantai polimerase (PCR).

Ini setelah satu kelompok baru dikaitkan dengan blok itu, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya pada Khamis malam (3 Jun).


Seorang wanita warga Singapura berusia 58 tahun, yang merupakan seorang suri rumah dan menetap di sana, menjadi antara 35 kes baru dalam masyarakat yang dilaporkan pada Khamis (3 Jun). Sejumlah 13 kes telah dikaitkan dengan kelompok itu.




Operasi ujian itu kali kedua dijalankan ke atas blok tersebut.  


MOH berkata sejak operasi pengujian terakhir dijalankan di blok itu pada 21 dan 22 Mei, terdapat kes jangkitan Covid-19 baru di sana dan blok berdekatan.



Cebisan virus Covid-19 juga dikesan dalam sampel air sisa yang diambil dari beberapa blok itu.



"Ujian mandatori ini dilakukan untuk mengesan kes yang masih berada dalam tempoh inkubasi virus itu dalam pusingan pertama pengujian dan untuk mencegah penyebaran dalam masyarakat.



"Sekiranya kes positif dikesan, MOH akan mengasingkan kes tersebut, mengenal pasti semua kenalan rapat, uji dan kuarantin mereka untuk melindungi masyarakat daripada penularan lanjut," kata MOH.



Operasi pengujian itu akan dijalankan di kolong blok 507 pada 4 dan 5 Jun antara 9 pagi dengan 4 petang.



Bagi mengelakkan penyebaran lanjut dan untuk mengesan kes yang tidak menunjukkan simptom dalam masyarakat, MOH akan menjalankan pengujian PCR di tujuh blok lain dalam kawasan Hougang Avenue 8 dalam bulan Jun.



MOH juga telah selesai menjalankan ujian PCR mandatori ke atas 828 penduduk dan pengunjung blok 501 dan 507 di Hougang Avenue 8, dan hingga 8 malam Khamis, 680 individu disahkan negatif dan satu kes disahkan positif.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >