Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Operator bas gesa pelanggan jangan beli tiket VTL SG-JB melalui pihak ketiga

VTL
Dec 30, 2021 | 05:30 AM



KEDUA-DUA pengendali yang menyediakan bas Laluan Perjalanan bagi yang Sudah Menjalani Vaksinasi (VTL) (Darat) antara Singapura dan Malaysia menggesa penumpang jangan membeli tiket melalui pihak ketiga.



Ini menyusuli kemunculan perkhidmatan yang menawarkan membeli tiket bagi pihak penumpang.



Satu senarai di pasaran dalam talian Carousell mengenakan bayaran $120 setiap tiket bagi perjalanan dari Singapura ke Malaysia, lapan kali ganda harga tiket dewasa yang dikenakan pengendali.



Menurut satu laporan akhbar Shin Min Daily News kelmarin, ada penumpang sanggup bayar harga melambung tinggi untuk mendapatkan tiket bas itu kerana mereka sama ada tidak sempat membelinya semasa ia dijual, atau mendapati sukar membelinya sendiri.



Seorang penyedia perkhidmatan yang disenaraikan di Carousell meminta penumpang membuat bayaran dan memberi butiran peribadi sebelum cuba membeli tiket bagi pihak mereka.



Pengarah Urusan Transtar Travel, Encik Elson Yap, menggesa pelanggan membeli tiket hanya menerusi dua saluran rasmi syarikat itu - laman webnya dan platform e-dagang Shopee.



Beliau berkata adalah tidak selamat untuk mendedahkan maklumat peribadi kepada pihak ketiga. Maklumat seperti nombor pasport dan tarikh lahir dikehendaki ketika membeli tiket.



Sementara itu, jurucakap Causeway Link berkata syarikatnya telah cuba menjejak orang yang meletak pos di platform media sosial untuk bantu membeli tiket dan menyuruh mereka berhenti melakukannya.



Menurutnya, perkhidmatan itu muncul apabila tiket bas VTL mula dijual di laman pengendali dan mendapat respons amat menggalakkan. Ada pihak mengambil kesempatan untuk meraih keuntungan dengan membeli tiket bagi individu yang tidak dapat berbuat demikian.



Tiket yang dibeli daripada kededua pengendali tak boleh pindah milik, sekali gus mencegah orang lain membeli dengan banyak dan menjualnya pada harga tinggi.



Dalam satu pos Facebook, Causeway Link berkata ia tahu ada tiket dijual di saluran selain laman webnya - satu-satunya saluran ia menjual tiket VTL (Darat).



"Sila maklum pengurusan Causeway Link ada hak membatalkan mana-mana tiket yang dijual tanpa kebenaran di luar pembekal perkhidmatan rasmi kami," katanya.



Causeway Link telah menjual semua tiketnya bag Januari, sementara Transtar Travel masih menjual tiket bagi satu hari perjalanan setiap hari. Tiket bagi perjalanan pada 27 Januari telah mula dijual semalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >