Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Orang ramai digalak pertingkat usaha memerangi denggi setelah jumlah jangkitan meningkat

Jul 07, 2019 | 12:04 PM



MASALAH denggi di Singapura mungkin bertambah teruk dengan cuaca yang kering dan panas beberapa bulan ini kerana ini merupakan masa terbaik untuk nyamuk denggi membiak. 



Lebih 6,600 orang dijangkiti demam denggi tahun ini, melebihi jumlah keseluruhan bagi kededua 2017 dan 2018. 



Demikian menurut pengarah agung kesihatan awam agensi sekitaran kebangsaan, Encik Chew Ming Fai dalam temu ramah bersama akhbar The Straits Times. 



Katanya, walaupun NEA dan pemimpin akar umbi telah mempertingkat pemeriksaan, warga Singapura harus memainkan peranan yang lebih besar dalam memastikan rumah mereka bebas nyamuk dan seharusnya membantu jiran mereka untuk melakukan perkara yang sama. 



Menggalakkan penglibatan masyarakat yang lebih mendalam, Encik Chew berkata: “Kami perlu semua pihak berkepentingan untuk menyumbang. 

Selepas dua tahun di mana kurang (kes-kes denggi), kita harus memperbanyak usaha untuk mempertingkat kesedaran orang ramai.” 



Beliau menyarankan supaya setiap individu menggunakan pengaruh peribadi mereka sendiri terhadap mereka yang berada di sekeliling, kerana usaha memerangi pembiakan nyamuk memerlukan lebih daripada hanya usaha individu. 



“Seringkali, apabila kami (NEA) melakukan rondaan, orang ramai akan memberitahu kami bahawa mereka telah melakukan apa yang mereka perlu, tapi mungkin jiran mereka yang tidak memainkan peranan mereka.” 



Orang ramai tidak seharusnya menuding jari, sebaliknya Encik Chew menekankan setiap individu harus mengingatkan mereka yang berada di sekeliling untuk terus berwaspada dan mengamalkan langkah-langkah pencegahan, seperti lima langkah Mozzie Wipeout, yang bertujuan untuk mencegah pembiakan nyamuk. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >