MANTAN menteri Kabinet Encik Othman Wok ialah seorang yang telah mampu mengimbangi peranannya sebagai pemimpin masyarakat dan pemimpin negara, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim.
Dalam menjalankan tugas itu, Allahyarham berpegang teguh kepada konsep kepelbagaian kaum, di samping meletakkan asas bagi masyarakat Melayu/Islam yang moden dan progresif.