Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PA sedia program bagi karyawan tangani kesihatan mental di CBD

May 16, 2023 | 05:30 AM



SEDIAKAN pelbagai program yang bertujuan menangani keperluan kesihatan mental para pekerja.



Untuk mencapai matlamat itu, Persatuan Rakyat (PA) telah mengubah suai kelab masyarakat pakar sehenti (SCC) di tengah-tengah pusat kawasan bandar (CBD), imPAct@Hong Lim Green.



Program ini adalah sebahagian daripada usaha imPAct@Hong Lim Green dalam menggalak kesejahteraan mental karyawan yang bekerja dengan menyediakan beberapa kegiatan yang berupaya menenangkan fikiran pada waktu makan tengah hari.



Ini merupakan inisiatif pertama PA dalam usaha sedemikian.



Penasihat Akar Umbi bagi GRC Jalan Besar dan Penasihat Bersama Jawatankuasa Penasihat ImPAct@Hong Lim Green, Dr Wan Rizal, berkata:



"Untuk menyokong kesejahteraan rakyat Singapura yang bekerja dan menyediakan peluang mengecas tenaga pada pertengahan hari bagi mereka yang tertekan, imPAct@Hong Lim Green menyediakan kegiatan khas untuk kesejahteraan pada waktu makan tengah hari bersama dengan rakan-rakan masyarakat yang telah bekerjasama dalam aktiviti tersebut.



"Program ini bertujuan memberi ketenangan dan melengkapkan orang ramai dengan mekanisme menangani tekanan kerja yang sibuk."



ImPAct@Hong Lim Green telah bekerjasama dengan Persatuan Cegah Kekejaman ke atas Binatang (SPCA) untuk menyampaikan 'Purrfect Paws', di mana karyawan yang bekerja akan dapat meluangkan masa dengan kucing dalam suasana santai dan 'bermesra' dengan haiwan berbulu ini.



Pengarah Eksekutif SPCA, Cik Aarthi Sankar, berkongsi:



"SPCA gembira dapat bekerjasama dengan imPAct bagi program yang julung-julung kali diadakan ini.



"Menerusi sesi-sesi ini, orang ramai dapat menikmati manfaat daripada persahabatan dengan haiwan sambil membantu haiwan perlindungan membina hubungan positif dengan manusia dan persekitaran baru."



Antara sesi lain yang akan disediakan ialah sesi seperti 'Cocoon Sound Bath', di mana peserta akan mengalami latihan meditasi yang melibatkan penggunaan muzik yang bergema dalam buaian kain.



Rentak dan bunyi yang dimainkan akan digunakan untuk membantu orang ramai berehat dan mengurangkan tekanan.



Pengasas Ministry of Yoga Wellness, Cik Jesslyn Lim, berkata:



"Cocoon Sound Bath adalah pengalaman yang memberi nafas baru dan membolehkan karyawan yang bekerja untuk mengurangkan tekanan dan merehatkan minda serta meningkatkan keupayaan tumpuan supaya lebih bertenaga untuk kembali bekerja!"



Satu lagi aspek kesejahteraan waktu makan tengah hari yang akan disediakan ialah ruang berehat atau tidur yang tidak terganggu selama 45 minit.



Fasa pertama program ini akan diadakan hingga September 2023.



Anggota PA akan membayar $12 untuk sesi tidur ini dan $16 untuk semua kegiatan kesejahteraan yang lain pada waktu makan tengah hari.



Bagi bukan ahli PA, harga sesi tidur adalah $27 dan kegiatan kesejahteraan lain berharga $41 termasuk makanan tengah hari.



Bagi mereka yang berminat, sila ke laman https://www.onepa.gov.sg/about-us/impact-hong-lim-green untuk maklumat dan pendaftaran lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >